Page 75 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 75

Butang ini berfungsi untuk mengaktifkan jenis garisan yang telah dipilih untuk
                              digunakan dalam melaksanakan kerja melukis.
                          4.  Butang Show detail
                              Butang ini menyediakan maklumat tentang garis yang sedang diaktifkan.

                       Apabila butang load  diklik seperti mana tetingkap dalam gambarajah 3.22 di bawah akan
               muncul dengan memaparkan jenis-jenis garisan yang terdapat dalam sistem AutoCAD.





























                                        Gambarajah 3.22: Tetingkap kotak dialog untuk
                                                     memilih jenis garisan

                       Jenis garisan dapat diubah dari masa ke samasa berdasarkan keperluan pengguna semasa
               kerja melukis dan jenis garisan itu sendiri yang mendatangkan maksud tersendiri kepada lukisan
               yang  disediakan. Keperluan kepada kepelbagaian  jenis garisan yang  digunakan dalam sesuatu
               lukisan juga dapat menyampaikan maklumat yang berguna kepada pihak yang akan menilainya.

               Kaedah dalam menetapkan pilihan jenis garisan yang diperlukan adalah seperti berikut:

                   1.  Menu> Format>linetype> (tekan enter pada papan kekunci).
                   2.  Setelah tetingkap Linetype Manager dipaparkan, klik Load jika sekiranya jenis garisan yang
                       dikehendaki tidak tersenarai dalam senarai yang ditunjukkan pada tetingkap Linetype
                       Manager ini. Andainya telah sedia ada hanya klik pada nama jenis garisan yang
                       dikehendaki dan klik Currrent pada butang yang ada dalam tetingkap Linetype Manager ini
                       untuk mengaktifkannya.
                   3.  Setelah klik butang Load (sekiranya jenis garisan tiada dalam senarai) akan dipaparkan
                       tetingkap Load or Reload Linetype. Tetingkap ini menyenaraikan pelbagai jenis garisan
                       yang boleh dicapai oleh pengguna untuk dimasukkan dalam senarai yang boleh dipilih
                       untuk diaktifkan jika diperlukan dalam penggunaan semasa kerja melukis nanti rujuk
                       gambarajah 3.22.
                   4.  Proses ini selesai.

                   Gambarajah  3.23  berikutnya,  ditunjukkan  contoh-contoh jenis garisan yang ada  disediakan
               dalam library acadiso.lin. Pengguna boleh juga mendapatkan pelbagai lagi jenis garisan daripada fail


                                                                                                             63
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80