Page 77 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 77

Gambarajah 3.25: Kotak dialog Select Color dipaparkan apabila pengguna
                                       ingin memilih warna pada objek yang dihekendaki

               Menetapkan warna bagi objek baru:

                   1.  Menu>Format>Color>(tekan Enter pada papan kekunci).
                   2.  Tetingkap Select Color seperti gambarajah 3.25 di atas akan dipaparkan dan membenarkan
                       tiga kaedah utama pilihan warna oleh pengguna.
                                i.   Index Color selection box
                                ii.   True Color selection area
                               iii.   Color Book selection
                   3.  Setelah pemilihan warna  ditetapkan klik butang  ByLayer  atau  ByBlock  bagi menentukan
                       kategori dan bagaimana warna ini akan diaktifkan semasa diperlu ketika kerja-kerja melukis.
                   4.  Kemudian klik OK.

                       Penggunaan  Layer  dan  Block  akan dibincangkan lebih lanjut dalam  bab  seterusnya.
               Berikutnya, ingin ditarikan perhatian pada perbincangan mengenai saiz garisan yang digunakan dan
               bagaimana untuk mengawal sama ada, untuk mengubah saiz garisan memaparkan saiz sebenar
               semasa melukis atau pun menghilangkan (hidden) saiz garisan sebenar semasa kerja melukis sedang
               dilaksanakan.  Paparan tetingkap  Lineweight Setting  seperti dalam gambarajah  dibawah dicapai
               melalui Menu>Format>Lineweight.
                       Pada tetingkap ini saiz garisan atau lineweight dapat diubah kepada saiz tertentu seperti
               yang tersenarai pada pilihan Lineweight. Unit bagi penentuan ini, berdasarkan metric dan imperial
               iaitu metrik (mm) dan imperial (inci). Pada kotak pilihan Display Lineweight memberikan pilihan
               kepada pengguna sama ada ingin memaparkan saiz sebenar garisan yang digunakan pada paparan
               monitor  (jika  ditandakan  √  pada  kotak  ini)  atau  memilih  untuk  tidak  memaparkan  saiz  garisan
               semasa kerja melukis dengan membiarkan kotak pilihan ini tidak bertanda. Jika pengguna memilih
               untuk tidak memaparkan saiz sebenar garisan semasa kerja-kerja melukis sedang dilakukan,
               paparan akan menunjukan saiz yang telah ditetapkan oleh sistem (default value) iaitu 0.25mm
               dalam unit metrik. Namun begitu, lukisan yang dicetak (plot) akan mengikut saiz sebenar garisan
               yang ditetapkan semasa kerja menghasilkan lukis tersebut.








                                                                                                             65
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82