Page 219 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 219
Memasukan teks
1. Pengguna boleh memasukkan teks setelah langkah di atas selesai. Sebagai
contoh, teks bagi melabelkan pintu masuk bagi plan dalam gambarajah di
bawah.
Gambarajah 10.13:
2. Matikan fungsi Objek Snap pada status bar.
3. Klik Multiline Text tool dalam tab Annotation> Text panel. Atau taip “mt” dan
Enter. Teks berikut akan dipaprkan pada Command line:
Command: MT
MTEXT
Current text style: "Note1"
Text height: 1/8"
Annotative: Yes
Specify first corner:
4. Klik titik pertama pada bahagian atas imej dalam gambarajah di atas untuk
memulakan tetingkap sempadan teks. Sempadan teks ini menandakan
kawasan di mana pengguna boleh meletakkan teks. Terdapat anak panah
dalam sempadan ini menandakan arah teks tersebut. Pengguna tidak perlu
risaukan penempatan secara tepat pada masa ini kerana lokasi dan saiz dapat
diubah kemudian.
Gambarajah:
5. Pada arahan Specify opposite corner or [Height/Justify/Line
spacing/Rotation/Style/Width/Columns]:, klik titik kedua untuk
menandakan bahagian atas imej. Tab Text Editor akan dipaparkan dengan
kawasan text editor yang dipilih.
207

