Page 222 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 222

Gambarajah 10.17: Text Style

               Gaya (styles)

                       Pada senarai kotak Styles , pengguna akan melihat gaya semasa (current styles). Senarai ini
               juga mempunyai gaya lain yang mungkin turut digunakan dalam lukisan tersebut. Sebagai tambahan
               terdapat juga butang Set Current, New dan Delete dan pilihan kumpulan Font dan Effect.

               Set Current/ New /Delete

                       Set Current  membolehkan gaya yang  dipilih untuk aktif  pada keadaan semasa.  New
               membenarkan pengguna membina gaya teks yang baru manakala Delete membenarkan pengguna
               menghapuskan gaya yang terpilih. Pilihan Delete tidak ada pada gaya Standard.

               Font
                       Pada kumpulan Font, pengguna mempunyi pilihan berikut:
                          1.  Font Name
                              Membolehkan pengguna memilih jenis font daripada senarai jenis font yang ada.
                              Senarai  jenis  font  yang ada diterbitkan daripada sumber sepert sistem operasi
                              (Window) dan AutoCAD.
                          2.  Font Style
                              Menawarkan pelbagai variasi font, seperti italic, atau bold.
                          3.  Use Big Font
                              Digunapakai pada format  font Asia dan hanya disediakan oleh font AutoCAD.

               Size
                       Kumpulan Size menawarkan penetapan yang berkait pada teks, saiz, skala dan orientasi.

                          1.  Annotative - Menyebabkan saiz teks dilaraskan secara automatik pada penetapan
                              skala annotation semasa.




                                                                                                            210
   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227