Page 234 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 234
2. Sama ada objek menggunakan ciri-ciri penetapan asal seperti warna, jenis garisan,
atau tebal garisan atau objek ingin ditetapkan pada ciri-ciri tertentu.
3. Bagaimana objek pada layer ingin dicetak.
4. Sama ada objek pada layer dikunci dan tidak dapat disunting.
5. Sama ada objek dipaparkan pada ciri-ciri yang berbeza pada pada paparan susun
atur viewport.
Jika lukisan yang mudah dan tidak mempunyai banyak objek, pengguna boleh menghasilkanya
tanpa perlu menggunakan konsep LAYER. Namun demikian, setelah lukisan menjadi agak rumit dan
komplek, pengguna mula berkehendakkan kepada penggunaan teknik LAYER untuk menyimpan
semua maklumat berkenaan setiap elemen yang ada dalam lukisan mereka. Layer tidak
mensyaratkan pengguna apabila pengguna menyunting objek seperti blok atau kumpulan.
Pengguna dapat mengatur layer untuk membolehkan mereka mengenalpasti objek dan layer yang
mana ditetapkan untuknya.
Topik ini membincangkan bagaimana untuk mewujudkan Layer dan menggunakannya untuk
memastikan lukisan yang dihasilkan dapat dikawal dan teratur. Pengguna dapat mempelajari
bagaimana warna boleh memainkan peranan penting apabila pengguna menggunakan teknik layer,
dan pengguna juga akan mempelajari bagaimana untuk memasukkan jenis garisan (linetype)
menerusi penggunaan layer.
Menguruskan maklumat menggunakan Layer
Bayangkan jika satu lukis projek bagi pelan pendawaian pada satu bangunan yang dalam
perancangan akan dibina. Pengguna perlu menyiapkan satu lukisan yang lengkap pelan susun atur
bagi bangunan tersebut yang melibatkan pelbagai objek, dimensi dan sebagainya. Projek yang besar
ini melibat kerjasama pelbagai bidang kejuruteraan iaitu Mekanikal, Awam dan Elektrik. Kesemua
bidang ini bergambung dalam menghasilkan satu projek yang sama dan sebagai pelukis pelan
pengguna perlu bijak menyediakan lukisan mengikut spesifikasi dan mudah untuk dicapai apa bila
diperlukan. Jurutera elektrik pasti ingin memeriksa pelan pendawaian elektrik yang telah dirancang
pada bangunan ini tanpa perlu baginya untuk melihat struktur binaan bangunan. Melalui kaedah
layer pengguna dapat hanya mencetak pelan pendawaian yang berkaitan tanpa disertai binaan lain
melalui teknik layer ini. Begitu juga semasa kerja-kerja menyunting akan dapat dilakukan melalui
kaedah layer walau pun suatu lukisan itu mempunyai kategori layer yang banyak dan komplek
kerana melalui kaedah ini hanya layer yang terlibat sahaja dapat disunting tanpa merosakkan
bahagian yang lain. AutoCAD membenarkan bilangan tidak terhad bagi layer dalam sesuatu lukisan
dan pengguna boleh menamakan layer tersebut dengan nama pilihan tanpa simbol-simbol berikut
digunakan dalam penamaan layer iaitu < > / \ “ : ; ? * | , = ‘.
Mewujudkan layer dan menetapkan layer
Berikut adalah bagaimana untuk memulakan arahan LAYER:
1. Taipkan “Layer” pada tooltip dan tekan Enter pada pilihan Layer yang terpapar.
Gambarajah 11.2: Layer properties
222

