Page 237 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 237
Gambarajah 11.8: Pilih Warna /Select Color
8. Klik X pada Layer Properties Manager untuk menutupnya atau menekan butang sebagai
penetapan Auto-hide untuk menyembunyikan kota dialog ini. Menerusi arahan ini kotak
dialog dapat dipaparkan apabila kursor dibawa pada bar Layer palette.
Memahami Layers Properties Manager Palette
Layer Properties Manager adalah kotak dialog penting yang memaparkan senarai layer yang
ada pada sesuatu lukisan yang menggunakan teknik layer. Pada kotak dialog ini, terdapat bar pada
bahagian dalam bentuk lajur yang memaparkan pelbagai ciri-ciri layer. Pengguna dapat mengubah
lebar setiap lajur dalam senarai dengan klik dan tarik ke sisi kepala lajur. Pengguna juga dapat
menyusun senarai layer berdasarkan salah satu ciri-ciri dengan klik pada nama ciri-ciri pada
bahagian atas senarai. Di atas senarai layer, pengguna dapat melihat empat butang alatan iaitu New
Layer, Delete Layer, NEW Layer VP Frozen In All Viewport dan Set Current.
Gambarajah 11.9:Empat alatan (tool) utama
New Layer tool telah dibincang sebelum ini, New Layer VP Frozen In All Viewport tool
kelihatan sama pada New Layer tool dan membawa fungsi yang sama, tetapi perbezaan utama
adalah New Layer VP Frozen In All Viewport tool membekukan (freezes) layer yang baru dibuat.
Untuk memadam layer ini, pengguna perlu memilih layer berkenaan atau kumpulan layer dan klik
Delete Layer tool. Pengguna tidak dapat memadam layer 0, layer yang dikunci, atau layer yang
mengandungi objeks. Set Current tool membolehkan pengguna menetapkan mana-mana layer
sebagai layer semasa atau layer yang sedang diaktifkan. Pengguna dapat mengenalpasti layer yang
225

