Page 238 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 238
sedang aktif dengan melihat tanda √ berwarna hijau pada Status column layer yang sedang
diaktifkan. Kaedah lain untuk membuat layer atau memadam layer adalah dengan memilih layer
atau set of layer (kumpulan layer) dari kotak senarai dan klik kanan pada tetikus dan pada senarai
paparan yang keluar adalah empat alatan utama tersebut.
Gambarajah 11.10: Paparan setelah klik kanan pada tetikus.
Menetapkan layer pada objek
Apabila pengguna membina apa-apa objek, objek tersebut secara automatik ditetapkan
pada layer semasa (current layer) iaitu layer yang sedang diaktifkan. Sehingga tamat kerja melukis,
walau terdapat pelbagai objek pada lukisan tersebut hanya satu layer yang wujud iaitu layer-0. Dan
setelah pengguna telah membuat beberapa layer, mereka boleh menetapkan lapisan-lapisan
(layers) tersebut pada objek-objek yang telah dibina. Dengan menggunakan Properties palette.
Berikut contoh bagaimana melakukan proses ini, pengguna perlu melukis sepenuhnya gambarajah
dibawah sebelum mengikuti langkah berikutnya:
Gambarajah 11.11: Bilik mandi
1. Pilih empat garisan yang mewakili bilik mandi pada gambarajah di atas.
226

