Page 269 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 269

1.  Plot in background
                              Jika pengguna merasakan masa pencetakan mengambil masa  untuk siap, pilihan
                              membolehkan pencetakan lukisan pengguna pada latar belakang oleh itu, selapas
                              pengguna memberikan  arahan mencetak, pengguna serta-merta kembali kepada
                              kerja melukis. Pengguna juga  dapat mengawal pilihan ini melalui sistem
                              pembolehubah Backgroundplot.
                          2.  Plot Object Lineweight
                              AutoCAD dapat membebarkan pengguna menetapkan tebal garisan pada objek sama
                              ada melalui layer atau menetapkan secara terus dari objek tersebut. Jika pengguna
                              menggunakan ciri-ciri ini pada lukisan, pilihan ini membenarkan pengguna
                              mengaktifkan  atau menyahaktifkan  tebal garisan (line weight)  pada keluaran
                              cetakan.
                          3.  Plot With Transparency
                              Pengguna dapat menggunakan ciri ketelusan (transparency) bagi objek dan layer
                              dalam lukisan. Pilihan ini membolehkan pengguna mengawal sama ada ketelusan
                              digunakan apabila pencetakan lukisan pengguna dibuat.
                          4.  Plot With Plot Styles
                              Gaya cetakan memberikan pengguna kawalan keluaran cetakan lukisan. Pengguna
                              dapat mengawal sama ada keluaran pengguna itu dalam warna hitam dan putih, dan
                              pengguna  dapat mengawal sama ada kawasan terisi (filled area) dilukis
                              menggunakan solid atau pattern. Pengguna juga dapat mengawal bagaimana garisan
                              disambungkan (joined) pada setiap persimpangan (corner).
                          5.  Plot Paperspace Last
                              Apabila pengguna menggunakan paparan susun atur (Layout view),  atau dikenali
                              paparan ruang kertas (Paper space) pilihan ini menentukan sama ada objek dalam
                              ruang kertas dicetak sebelum atau selepas objek pada ruang model (Model Space).
                          6.  Plot Stamp On
                              Ciri ini membolehkan pengguna menempatkan maklumat penting (pertinent data) di
                              atas lukisan pada lokasi yang di pilih. Ini termasuklah tajuk lukisan, tarikh, masa,
                              skala, dan maklumat lain. Apabila pengguna klik pada kotak periksa (check box) Plot
                              Stamp On untuk mengaktifkan pilihan ini, butang pengaturan Plot Stamp Settings
                              dipaparkan. Klik pada butang ini untuk mendapat akses ke kota dialog Plot Stamp,
                              kota dialog ini memberikan kawalan terhadap Plot Stamp.
                          7.  Hide Paperspace Objects
                              Pilihan ini merujuk kepada model 3D dalam AutoCAD. Apabila melukis dalam dimensi
                              3D,pengguna dapat memaparkan lukisan sebagai Wireframe view. Dalam wireframe
                              view, lukisan kelihatan  telus (transparent) walayupun  dibina dengan permukaan
                              solid.  Menggunakan pembuang  hidden-line, pengguna  dapat memaparkan dan
                              mencetak lukian 3D yang mana permukaan solid akan menjadi legap  (opaque).
                              Untuk memparkan lukisan 3Ddalam kawasan melukis dengan hidden-line dibuang,
                              adalah dengan menggunaka arahan Hide atau dengan menggunakan satu dari pada
                              visual style selain daripada Wireframe. Untuk mencetak lukisan 3D dengan hidden-
                              line dibuang, pilih pilihan Hidden option atau visual style dari senarai Shade Plot
                              drop-down





                                                                                                            257
   264   265   266   267   268   269   270   271   272   273   274