Page 264 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 264
Saiz Kertas (Paper Size)
Pengguna menggunakan penetapan pada kumpulan Paper Size untuk menetapkan saiz
kertas sebagai keluaran. Pengguna dapat memilih saiz kertas daripada senarai “Paper Size Drop
down”. Saiz ini diterbitkan dari mana-mana sistem pencetak yang sedang digunakan. AutoCAD 2015
menawarkan saiz helaian dalam kedua-dua unit ukuran iaitu imperial dan Matrik dalam kumpulan
“Paper Size”. AutoCAD menganggap pengguna memilih helaian ditetapkan dalam ukuran unit
matrik jika pengguna memilih saiz helaian seperti A4 atau A5 dan sistem akan menyediakan kotak
penetapan yang berkaitan.
Gambarajah 12.10: Penetapan saiz kertas
Orientasi Lukisan (Drawing Orientation)
Apabila pengguna menekan butang Preview kelihatan lukisan yang dilukis berada seumpama
di atas kertas. Dalam contoh itu, lukisan tersebut berada dalam orientasi landscape atau portrait.
Pengguna dapat mengubah paparan ini dengan memilih portrait atau landscape dalam kumpulan
Drawing Orientation. Pilihan yang ketiga iaitu Plot Upside-Down membenarkan pengguna menukar
orientasi iaitu landscape dan portrait orientation upside down.
Dalam AutoCAD, paparan Preview memaparkan orientasi kertas keluaran daripada cetakan
pencetak. Untuk kebanyakkan pencetak berformat kecil, jika pengguna mencetak dalam orientasi
portrait imej lukisan terpapar dalam orientasi yang sama yang dilihat dan disunting. Dan jika
pengguna menggunakan orientasi landscape imej pra-papar
bertukar sisi. Untuk pencetak berformat besar, pra-papar mungkin diorientasi dalam arah
berlawanan. Grafik dalam kumpulan Drawing Orientation memaparkan abjad A (huruf besar) pada
helaian menunjukkan orientasi lukisan pengguna pada keluaran cetakan.
252

