Page 265 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 265

Gambarajah 12.11: Kumpulan Drawing Orientation

               Kawasan Cetakan (Plot Area)















                                                 Gambarajah 12.12: Plot Area

                       Pada bahagian  “What To  Plot” dalam  kumpulan  Plot Area  membolehkan pengguna
               menetapkan bahagian mana pada lukisan yang hendak dicetak. Pada paparan ini dapat diperhatikan
               pilihan yang ada (drop-dow list) adalah hampir sama pada arahan ZOOM. Pilihan yang ada pada
               kumpulan  Plot Area  kebanyakkannya berguna apabila  mencetak dari  tab  Model  (Model view).
               Apabila mencetak daripada tab layout (layout view), pilihan Layout (layout option) digunakan.

                   A.  Display
                       Penetapan asal, memberitahu AutoCAD untuk mencetak apa yang terpapar ketika itu pada
                       paparan skrin. Jika pengguna membiarkan AutoCAD padankan (fit) lukisan pada helaian iaitu
                       dengan menandakan √ pada kotak Fit to Paper dalam kumpulan Plot Scale, keluaran cetakan
                       adalah sama dengan apa yang pengguna lihat pada skrin. Pelarasan bagi bahagian lebar dan
                       tinggi paparan pengguna.
                   B.  Extends
                       Unjuran (extends) lukisan  bagi  menetapkan kawasan untuk dicetak. Jika  pengguna
                       membiarkan AutoCAD memadankan lukisan ke atas helaian iaitu dengan menandakan √
                       pada kotak Fit to Paper dalam kumpulan Plot Scale, keluaran cetakan secara tepat sama
                       imejnya dengan imej yang dilihat oleh pengguna pada skrin apabila menggunakan Zoom
                       Extents.
                   C.  Layout

                                                                                                            253
   260   261   262   263   264   265   266   267   268   269   270