Page 266 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 266
Pilihan Susun atur (Layout) (hanya pada layout view sahaja) menggantikan pilihan Limits
apabila pengguna mencetak dari layout view. Pilihan ini mencetak semua yang dipaparkan
dalam margin paper yang ditunjukkan dalam layout view. Hanya ini sahaja pilihan yang ada
jika mencetak melalui layout view.
D. Limits
Pilihan Limits hanya terdapat dalam Model space sahaja menggunakan had (limits) lukisan
untuk menetukan kawasan untuk dicetak. Jika pengguna membiarkan AutoCAD
memadankan lukisan pada helaian helaian iaitu dengan menandakan √ pada kotak Fit to
Paper dalam kumpulan Plot Scale, keluaran cetakan secara tepat adalah sama imej yang
pengguna lihat pada skrin jika pengguna menggunakan arahan Zoom All.
E. View
Pilihan View dapat diakses bila pengguna menyimpan paparan dalam lukisan dengan
menggunaka arahan View. Apabila pengguna memilih View dari senarai “What to Plot” ,
suatu drop-down list yang lain akan terpapar menawarkan senarai paparan (view) yang ada
dalam lukisan ini. Pengguna boleh memilih paparan yang dikehendaki. Jika pengguna
membiarkan AutoCAD memadankan pada helaian iaitu dengan menandakan √ pada kotak
Fit to Paper dalam kumpulan Plot Scale, keluaran cetakan adalah sama seperti yang dilihat
pada skrin. Objek yang tidak terpapar pada paparan (View) dipotong dalam cetakan
paparan.
F. Window
Pilihan ini membolehkan pengguna untuk menggunakan tetingkap (window) untuk
menandakan kawasan yang diperlukan untuk dicetak. Apa-apa objek yang berada diluar
tetingkap tidak akan dicetak. Apabila pengguna memilih pilihan ini, kotak dialog Plot ditutup
sementara untuk membolehkan pengguna membuat pilihan tetingkap (select a window).
Selepas pilihan dibuat pertama kalinya butang Window terpapar sebelah senarai drop-down.
Pengguna boleh klik pada butang Window dan menandakan tetingkap dalam kawasan
lukisan, atau AutoCAD akan menggunakan penandaan window terakhir. Jika pengguna
membiarkan AutoCAD memadankan pada helaian iaitu dengan menandakan √ pada kotak
Fit to Paper dalam kumpulan Plot Scale keluaran cetakan adalah sama dengan apa yang
pengguna pilih dalam tetingkap (window).
Skala Cetakan (Plot Scale)
Gambarajah 12.13: Plot Scale
Apabila pengguna menggunakan faktor skala dalam mencetak, penetapan kawasan cetakan
akan berubah, dan beberapa komplikasi akan timbul. Sebagao contoh satu lukisan pelan yang dapat
dicetak dengan baik dengan menggunakan fungsi “Fit To Paper”. Namun jika pengguna cuba untuk
mencetak pada skala 1’’=1’, kemungkinan pengguna akan memperolehi cetak kertas kosong kerana
pada skala itu , lukisan tersebut sukar untuk termuat masuk. AutoCAD akan memaklumkan kepada
254

