Page 268 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 268
menganggap lukisan pengguna terlalu besar untuk sepadan dengan saiz kertas yang digunakan.
Walau bagaimanapun, AutoCAD akan cuba untuk mencetak lukisan pengguna.
Jika pengguna mencetak pada skala yang berbeza daripada skala yang ditetap pada asalnya,
objek dan teks akan kelihatan lebih kecil atau besar daripada apa yang dicetak. Pengguna perlu
menyunting saiz teks untuk padankan dengan skala baru. Pengguna dapat mengubah dengan
menggunakan Properties Palette.
Skala Cetakan (Plot Offset)
Gambarajah 12.15: Plot Offset
Ada ketika pengguna akan mendapati lukisan yang ditunjukkan tidak berada pada posisi
yang betul pada kertas. Pengguna dapat menambahbaik lokasi lukisan ini dengan menggunakan
pengaturan Plot Offset. Untuk melaraskan posisi lukisan pada kertas, masukkan lokasi pandangan
asalan (view origin) berhubungan dengan asalan pencetak (plotter origin) pada koordinat-x dan
koordinat –y. Sebagai contoh, pengguna telah mencetak satu lukisan dan didapati lukisan tersebut
perlu digerakan satu unit ke kanan kertas dan 3 unit ke atas bahagian kertas maka pelarasan pada
paksi –x =1 dan paksi-y = 3 dimasukkan pada kotak nilai x dan y pada Plot Offset. Setelah pelarasan
ini dibuat didapati sepatutnya imej akan teranjak satu unit ke kana dan 3 unit ke atas.
Plot Options
Pilihan dalam kumpulan Plot Options membekalkan pengguna kawalan yang maksimum
terhadap keluaran dan memerlukan arahan maklumat lanjut. Berikut penerangan bagi plihan yang
terdapat pada plot options.
Gambarajah 12.16: Plot Options
256

