Page 24 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 24

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

                                    PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH
                                               SK BANDAR PUSAT
                                                   TAHUN 2020

            1.     Arahan Am

                   1.1    Selaku  pegawai  kerajaan,  guru  adalah  tertakluk  kepada  segala  arahan  yang  terdapat
                          dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki  membaca, memahami
                          dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

                   1.2    Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
                          memtaksirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan
                          lain.

                   1.3    Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai
                          satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.

                   1.4    Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
                          Perkhidmatan Cemerlang.

                   1.5    Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.

                   1.6    Meletakkan  kepentingan  murid  dan  sekolah  lebih  daripada  kepentingan  diri  dalam
                          menjalankan tugas.

                   1.7    Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah
                          dan menjaga harta benda sekolah.

                   1.8    Sentiasa  mengamalkan  kepimpinan  yang  berkesan  dan  dinamik  serta  cekap
                          menjalankan tugas.

            2.     Kedatangan

                   2.1    Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.

                   2.2    Guru  dikehendaki  berada  di  dalam  kawasan  sekolah  selewat-lewatnya  7.30  pagi
                          sebelum waktu belajar dan  ‘PUNCH CARD’ semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.
                          Meminta individu lain untuk ‘punch card’  kehadiran adalah tidak dibenarkan.

                   2.3    Guru  yang  tidak  dapat  hadir  atau  terpaksa  datang  lewat  hendaklah  memberikan
                          kenyataaan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memaklumkan kepada Guru Besar
                          dan pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan serta
                          kenyataan  di  dalam  eKehadiran  Guru  dapat  dikemaskinikan  dengan  tepat  oleh  PT
                          berkenaan.

                              a.  Ketidakhadiran pada  tarikh  atau  tarikh-tarikh  yang  diketahui  terlebih  dahulu,
                                 sama  ada  atas  sebab-sebab  persendirian  atau  atas  arahan  pihak-pihak    yang
                                 tertentu yang telah diluluskan hendaklah diberitahu sebelum hari yang terlibat
                                 itu.
                              b.  Ketidakhadiran  secara  tergempar,  sekalipun  mendapat  cuti  sakit,  hendaklah
                                 diberitahu seberapa segera pada hari itu juga dengan apa cara jua yang sesuai.

            2.4    Guru-guru yang tidak hadir bekerja bukan disebabkan cuti sakit atau bukan diarahkan
            menghadiri sesuatu mesyuarat, kursus dan sebagainya oleh pihak-pihak yang

            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                              24
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29