Page 27 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 27

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
                          6.4.1  Guru Perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T Sukan, baju trek,
                                 kasut sukan atau getah tanpa tumit.
                          6.4.2  Guru Lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja
                                 T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.


            7.     Perhubungan Sesama Guru

                   7.1    Guru  sewajarnya  memupuk  hubungan  peribadi  dan  profesional  yang  baik  dan  sihat
                          sesama  guru  dan  sentiasa  dapat  mengawal  tutur  kata  mereka.  Juga  diharapkan  akan
                          dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

                   7.2    Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman/ pendapat
                          / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.

                   7.3    Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial,
                          sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di
                          sekolah.

            8.     Bilik Guru

                   8.1    Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini
                          termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

                   8.2    Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
                          dianggap  sebagai  ‘non-teaching  period’dan  bukannya  ‘free  period’.  Oleh  itu  guru
                          hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan
                          pengajaran dan pembelajaran sahaja.

                   8.3     Guru  tidak digalakkan  membenarkan  pelajar  dan  orang  luar  serta  jurujual  berada  di
                          dalam bilik guru. Bilik Guru eksklusif untuk guru sahaja.

                   8.4    Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan
                          suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

                   8.5    Jurujual  /  sesiapa  yang  tidak  berkenaan  adalah  TIDAK  DIBENARKAN  sama  sekali
                          berada di dalam Bilik Guru.

            9.     Perjawatan dan Pengajaran

                   9.1    Jikalau  guru  menghadapi  sebarang  masalah  dalam  bidang  perjawatan,  mereka  boleh
                          berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar .

                   9.2    Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua
                          Panitia, Guru Kanan, Penolong Kanan  atau Guru Besar

            10.    Tugas

                   10.1   Guru  akan  diberi  tugas-tugas  berbentuk  kurikulum,  kokurikulum,  pentadbiran  dan
                          tugas  khas.  Mereka  mesti  melaksanakan  tugas-tugas  tersebut  dengan  dedikasi,  cekap
                          dan tanggungjawab serta berkualiti dan berkesan.

                   10.2   Apabila  diarahkan  untuk  melaksanakan  sesuatu  tugas/arahan  misalnya,  menghadiri
                          mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil



            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                              27
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32