Page 26 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 26
Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
4.3 Cuti Tanpa Gaji
4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak. Syarat minimum layak memohon Cuti Tanpa Gaji
Di dalam atau luar negeri ialah sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatan.
4.3.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas
habis semua cuti rehatnya.
4.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
tetapi tidak melebihi 360 hari dalam perkhidmatan.
4.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam
masa 4 tahun
4.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan
oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke
Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.
4.4 Cuti Sambilan
4.4.1 Cuti Sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
4.4.2 Cuti boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan
upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.
4.5 Cuti Keluar Negeri
4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari
Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya
5 minggu sebelum tarikh bercuti.
5. Pendaftaran eOperasi, HRMIS, ePangkat serta eSPLG
5.1 Semua guru yang mengajar perlu mengemaskinikan maklumat di dalam sistem
berkenaan dari masa kesemasa untuk memudahkan pengurusan perkhidmatan masing-
masing.
5.2 Guru mestilah bertanggung jawab mengenai id dan password sendiri untuk
memudahkan urusan lanjut didalam sistem berkenaan.
6. Pakaian
6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat
timur. Pakaian kemas ialah lambang keperibadian guru.
6.2 Pakaian berbentuk seluar panjang dan baju tanpa lengan, ketat, tidak dibenarkan bagi
guru perempuan.
6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.
6.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 26

