Page 25 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 25
Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
diluluskan, dikehendaki meminta cuti dengan menyempurnakan Borang Permohonan Cuti.
2.5 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam
keadaaan kecemasan.
3. Keluar Waktu Mengajar
3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar
kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan
Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada
Guru Besar / Penolong Kanan.
3.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku Rekod
Keluar. Dapatkan tandatangan Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum keluar.
Pihak Sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas
apa-apa yang tidak diingini berlaku sekiranya guru-guru keluar
tanpa mendapat kebenaran daripada Guru Besar
3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar
melalui Guru Penolong Kanan / Penyelia Petang.
4. Cuti
4.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP) 0046.SJ/A/(30) bertarikh 24
Disember 1993, guru kelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan
cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi
sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian
daripada tugas mengajar.
4.2 Cuti Sakit
4.2.1 Kemudahan Cuti Atas Sebab Perubatan diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa
Tertentu apabila disahkan sakit oleh Pegawai Perubatan Berdaftar, Lembaga
Perubatan atau Panel Doktor kerana tidak sihat untuk menjalankan tugas
jawatannya dengan disokong dengan Sijil Sakit yang diberikan oleh Pegawai
Perubatan Kerajaan atau Doktor Swasta.
4.2.2 ’Cuti Sakit’ adalah merupakan cuti bergaji penuh yang diberi atas sebab-sebab
Perubatan. Kelulusan Cuti Sakit bukan hak doktor tetapi hak ketua jabatan
atau Perkhidmatan.
4.2.3 Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari terturut-
turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
4.2.4 Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari
dalam setahun.
4.2.5 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus
akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan
untuk menentukan pembayaran gaji.
SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 25

