Page 28 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 28
Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain
melaksanakannya tanpa kebenaran Guru Besar.
11. Buku Rekod Mengajar / eBRM / Fail Pengajaran.
11.1 Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertangggungjawab terhadap
keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti,
kemas dan lengkap.
a. Jadual Waktu Persendirian dan kelas
b. Sukatan Pelajaran
c. Rancangan kerja tahunan / penggal
d. Rancangan kerja harian
- Mengandungi masa, kelas dan perkara lengkap.
- Aktiviti pengajaran dan nilai-nilai murni.
e. Markah Ujian Bulanan
f. Soalan-soalan ujian peperiksaan / bulanan
g. Senarai keputusan Peperiksaan Setengah Tahun dan Akhir Tahun
h. Senarai Nama Murid
Guru-guru adalah diberi ingatan JANGAN sekali-kali menyeleweng daripada sukatan
Pelajaran yang telah ditetapkan semasa mengajar satu-satu Pelajaran seperti
menyentuh soal-soal politik dan perkara-perkara sensitif
11.2 Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong
Kanan Pentadbiran / GPK.
11.3 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan kepada Guru Besar pada setiap hari Isnin
atau hari sebelumnya sekiranya pada hari Isnin diisytiharkan sebagai kelepasan am
atau pada akhir waktu persekolahan sebelum pulang. Rancangan harian serta butir-
butir pengajaran untuk hari pertama minggu berikutnya hendaklah disempurnkan
sebelum penyerahan ini.
11.4 Buku Rekod yang telah diisikan / direkodkan hendaklah dihantar buat pertama kalinya
pada akhir minggu pertama bulan Januari.
12. Jadual Waktu
12.1 Guru Darjah hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan
dalam kelas sendiri.
12.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
13. Jadual Kedatangan Pelajar
13.1 Setiap guru Darjah akan diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru
bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah
memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian
dalam kulit hadapan.
13.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada
setiap hari oleh guru darjah pada waktu pertama. Sekiranya guru darjah tidak hadir,
Penyelaras kelas bertanggungjawab menandanya.
SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 28

