Page 29 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 29

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
                   13.3   Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat. Serahan hendaklah dibuat sebelum pukul
                          9.00 pagi setiap hari. Guru kelas juga mesti mengemaskini eKehadiran murid sebelum
                          pukul 9.00 pagi setiap hari.



                   13.4   Pelajar  yang  tidak  hadir  selama  3  hari  berturut-turut  atau  berselang-seli  dalam  satu
                          minggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.

                   13.5   Analisis yang tepat mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh GPK
                          HEM. Serahan kepada GPK HEM ialah pada setiap haribulan terakhir bulan berkenaan.

                   13.6   Guru  tidak  dibenarkan  membawa  balik  Buku  Jadual  Kedatangan  murid.  Jadual
                          Kedatangan ialah Dokumen Rasmi Kerajaan.

            14.    Keselamatan Harta Benda Sekolah

                   14.1   Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan
                          harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan
                          sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.

                   14.2   Ketua Panitia / Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai
                          penggunaan alat-alaat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

            15.    Kebersihan

                   15.1   Setiap  guru  bertanggungjawab  menjaga  kebersihan  sekolah.  Jadual  giliran  bertugas
                          pelajar  hendaklah  disediakan  oleh  guru  kelas.  Alatan  membersihkan  kelas  hendaklah
                          digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.

                   15.2   Guru  Kanan  /  Ketua  Panitia  dan  guru  lain  yang  mempunyai  bilik  khas/tempat  khas
                          (bengkel bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik
                          tersebut.

                   15.3   Kebersihan kawasan sekolah adalah bertanggungjawab semua guru, staf sokongan dan
                          pelajar.

            16.    Surat-menyurat

                   16.1   Semua  surat  rasmi  hendaklah  dikirimkan  melalui  Guru  Besar  untuk  disampaikan
                          kepada pihak berkenaan. Surat Rasmi tidak boleh dikirim sendiri oleh mana-mana guru
                          tanpa melalui Guru Besar.

            17.    Surat Yang Diterima

                   17.1   Ada surat yang diterima oleh sekolah akan diedar kepada guru untuk diambil tindakan
                          mengikut  bidang  tugas  /  jawatankuasa  masing-masing.    Guru  berkenaan  hendaklah
                          mengambil tindakan segera dan betul terhadap surat-surat tersebut.

                   17.2   Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui  dan salinan kepada Guru
                          Besar, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.

                   17.3   Jika  surat  itu  ditujukan  kepada  Guru  Besar  dan  Guru  Besar  mengedarkannya  untuk
                          tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah :



            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                              29
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34