Page 37 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 37

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020



                                           LAPORAN DAN TINDAKAN
                                           GURU BERTUGAS HARIAN



            Sila catatkan di dalam “BUKU CATATAN HARIAN” perkara-perkara yang terlibat ( meliputi 4 bahagian
            ) dan tindakan yang telah diambil atau perkara yang dilaporkan, jika perkara tersebut timbul sebarang
            masalah bincang dengan GPK 1/GPK HEM/GPK Kokurikulum mana-mana yang sesuai dengan bidang
            tugas sekiranya perkara tersebut perlu diselesaikan dengan segera.

            1.     Perjalanan ke Sekolah
                   1.1    Kehadiran Guru       :      Merekodkan nama guru yang tidak hadir

                   1.2    Perhimpunan          :      Mengawal dan menjalankan perhimpunan pada
                                                      hari yang ditetapkan

                   1.3    Loceng Sekolah       :      Mengawal waktu loceng

                   1.4    Bendera              :      Dua (2) bendera dinaikkan dan diturunkan
                                                       mengikut cuaca dan keadaan

                   1.5    Aktiviti             :      mesyuarat, latihan, perlawanan sukan dan
                                                      Permainan di dalam dan di luar kawasan sekolah
            2.     Disiplin
                   2.1    Kehadiran Murid      :      Meninggalkan kawasan sekolah sama ada
                                                       dengan kebenaran atau tidak
                                               :      Merekodkan nama murid yang dibawa keluar
                                                      oleh penjaga dalam waktu persekolahan.
                   2.2    Pakaian Murid        :      Bersih,rapidansesuai dengan keadaan
                                                      semasa.
                   2.3    Keselamatan          :      Pergaduhan sesama murid, peras ugut,
                                                      Pencerobohan dari luar dan kemalangan ke atas
                                                      murid jika berlaku dan menyatakan tindakan yang telah
                                                      diambil secara ringkas.
            3.     Kebersihan
                   3.1    Bangunan Sekolah     :      Bilik-bilik darjah, Bilik Guru, Bilik Gerakan,
                                                      Perpustakaan, Kantin, tandas Guru dan
                                                      Tandas Murid.
                   3.2    Kawasan Sekolah      :      Tempat perhimpunan, Dewan Sekolah, Sekitar
                                                      Bangunan Sekolah dan di bawah pokok peneduh.
                   3.3    Taman                :      Kesegaran pokok-pokok dan kesesuaian
                                                      Tanaman dan tempat.
                   3.4    Lain-lain perkara yang difikirkan sesuai dan perlu.

            4.     Lawatan
                   4.1    Pelawat-pelawat rasmi sekolah.
                   4.2    Lawatan keluar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
                   4.3    Lawatan oleh Pegawai PPD / JPNP / Bahagian / Kementerian.
                   4.4    Lain-lain perkara yang difikirkan sesuai dan perlu.





            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                              37
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42