Page 33 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 33

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020


                                       TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN
                                        GURU DI DALAM BILIK DARJAH



            1.     Kekemasan dan keselesaan bilik darjah

                   1.1    Susunan  kerusi,  meja,  penyapu,  bakul  sampah  dan  alatan  lain  eloklah  disusun  dalam
                          keadaan  yang  kemas  dan  teratur  sepanjang  masa.  Pamerkan  senarai  stok  perabot  /
                          peralatan kelas.
                   1.2    Alat-alat mengajar yang sesuai dengan pengajaran digantung atau dipamerkan dengan
                          jelas dan kemas supaya dapat dilihat oleh murid.
                   1.3    Keadaan bilik darjah ( luar dan dalam )
                   1.4    Alat-alat  mengajar  berbentuk  konkrit,  carta-carta,  model-model,  peta-peta  dan
                          sebagainya diadakan secukupnya dan bersesuaian dengan tajuk-tajuk pengajaran.
                   1.5    Jadual Waktu Kelas, Jadual Tugasan Murid, Senarai Projek Bacaan Tambahan (Tahun 3-
                          Tahun  6).  Pekeliling-pekeliling  untuk  murid  dan  perkara  lain  yang  difikirkan  perlu
                          dipamerkan dengan teratur dan kemas sepanjang masa yang sesuai.
                   1.6    Suasana  bilik  darjah  akan  menjadi  lebih  tenang  dan  selesa  dengan  adanya  perhiasan
                          yang tertentu ( sesuai ). Ini akan menggembirakan lagi murid-murid dan juga pelawat.
                   1.7    Tempat-tempat mengasah pensil yang khas seperti tin-tin susu kosong elok disediakan
                          supaya  murid-murid  tidak  mengasah  pensil  di  dalam  meja  mereka  atau  di  tingkap
                          berhampiran bakul sampah.
                   1.8    Bakul-bakul  sampah  dan  juga  penyapu-penyapu  yang  sepatutnya  sahaja  berada  di
                          dalam tiap-tiap satu kelas.

            2.     Guru dan murid dalam bilik darjah.

                   2.1    Apabila  loceng  dibunyikan,  semua  murid  hendaklah  berada  di  dalam  bilik  darjah
                          menunggu ketibaan guru apabila guru sampai hendaklah menbaca doa.
                   2.2    Apabila  loceng  dibunyikan  menandakan  tamatnya  persekolahan  pada  hari  itu,  murid
                          hendaklah beratur mengikut barisan dan bersalaman dengan guru dan diringi dengan
                          selawat kepada Nabi sebelum pulang. Guru adalah orang terakhir meninggalkan kelas.
                   2.3    Menghormati pelawat dan guru.
                          Murid-murid bangun dan memberi hormat semasa guru dan pelawat masuk bilik darjah.
                          Murid menggunakan bahasa yang baik ( standard ). Ketertiban harus diawasi.
                   2.4    Suasana belajar yang terkawal dan berkesan.
                          Menjawab  dengan  tertib  apabila  disoal.  Berdiri  semasa  bercakap  dengan  guru  atau
                          pelawat.  Angkat  tangan  apabila  hendak  menjawab  atau  bertanya.  Aktivit-aktiviti
                          berkumpulan  dalam  kelas  dijalankan  dengan  pengawasan.  Tidak  membuat  bising
                          semasa pembelajaran atau pun semasa ketiadaan guru.
                   2.5    Keluar masuk kelas.
                          Meninggalkan  kelas  dalam  kumpulan  kecil  sahaja  (tidak  melebihi  2  orang)  dengan
                          kebenaran guru atau ketua kelas (semasa ketiadaan guru dalam kelas). Ketuk pintu dan
                          memberi salam sebelum masuk ke kelas (di mana sesuai). Apabila memasuki kelas lain,
                          setelah ketuk pintu, ucapan hormat hendaklah diberi kepada guru yang berada di dalam
                          kelas tersebut sebelum meminta atau pun menyampaikan berita kepada guru tersebut.
                   2.6    Guru hendaklah bersama-sama dengan murid secara teratur dan terkawal untuk keluar
                          / balik dari / ke kelas ke bilik-bilik khas atau padang setiap masa.




            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                              33
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38