Page 32 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 32

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020


            30.    Kunci

                   30.1   Semua kunci mesti disimpan di pejabat.

                   30.2   Sekiranya  guru  hendak  menyimpan  kunci  pendua  bilik-bilik  tertentu,  dia  mestilah
                          mendapat kebenaran daripada Guru Besar. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap
                          bilik tersebut sepenuhnya.

            31.    Acara atau Majlis Sekolah

                   31.1   Semua guru DIWAJIBKAN hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah termasuk
                          Mesyuarat Agong PIBG.

            32.    Borang Maklumat Diri, HRMIS, eOperasi, eSPLG, ePangkat.

                   32.1   Setiap guru hendaklah menyempurnakan segala perkara yang berkaitan dalam BORANG
                          MAKLUMAT DIRI yang disediakan oleh sekolah dan bertanggungjawab mengemaskini
                          butiran di dalam sistem elektronik ( e ) berkenaan.

                   32.2   Guru-guru  melaporkan  diri  dikehendaki  mendapatkan  borang  tersebut  di  pejabat
                          sekolah  dan  menyempurnakannya.  Guru-guru  yang  sedang  berkhidmat  dan  telahpun
                          menyempurnakan  borang  serta  sistem  tersebut  dikehendaki  menambah  maklumat-
                          maklumat terbaru / terkini sekiranya ada.

                   32.3   Adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk mengetahui dan boleh memberikannya
                          pada  bila-bila  masa  dengan  tepat  dan  betul  butir-butir  yang  penting  mengenai
                          perjawatannya, misalnya :-

                          a.    Nombor Fail Perkhidmatan
                          b.    Tarikh Lantikan
                          c.    Tarikh Disahkan Dalam Jawatan
                          d.    Gaji Sekarang
                          e.    Tarikh Kenaikan Gaji
                          f.    Lain-lain maklumat sekiranya ada termasuk kelulusan/ijazah terkini.


            33.    Pungutan Wang ( sekiranya berkenaan )

            Sebarang  kutipan  wang  dari  pelajar-pelajar  untuk  maksud  apa  pun  selain  daripada  yang  diluluskan
            ADALAH  DILARANG.Apa-apa  jua  pungutan  misalnya  derma,  pembelian  buku-buku,  risalah  dan
            sebagainya yang dicadang hendaklah terlebih dahulu dikemukakan kepada Guru Besar dan kebenaran /
            surat rasmi daripadanya perlu diperolehi sebelum berbuat demikian.












            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                              32
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37