Page 36 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 36

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020



                                            TINGKAH LAKU NEGATIF
                                        SEORANG GURU / PENDIDIKAN





            Tingkah laku yang mesti dielakkan waktu mengajar.

            1.     Berdendam terhadap murid.
            2.     Meninggalkan kelas dengan sengaja ( kalau meninggalkan kelas atas arahan Guru Besar atau
                   GPK, kerja sendirian hendaklah diberikan kepada murid.
            3.     Menghukum murid dengan emosi.
            4.     Mengajar sambil duduk terutama pada awal pengajaran harian.
            5.     Sengaja masuk lewat ke kelas.
            6.     Memeriksa buku latihan sehingga terganggu Pelajaran sepatutnya.
            7.     Berborak atau bersembang antara seorang guru dengan yang lain.
            8.     Membaca surat khabar dan majalah-majalah.
            9.     Menggunakan Telefon Tangan / HP untuk urusan peribadi , bersembang.
            10.    Membiarkan murid berkeliaran dalam kelas tanpa pengawasan guru.
            11.    Membuat ringkasan mengajar ataupun memeriksa kertas-kertas jawapan peperiksaan.
            12.    Membiarkan murid membuat kotor pada bangku, kerusi, papan hitam, dinding dan sebagainya.
            13.    Melayari Laman Sosial seperti FB, Twiter, Wsup, Web / Blog peribadi.
            14.    Menyebarkan fahaman politik tertentu secara nyata atau terselindung kepada murid.



                              TINGKAH LAKU YANG MESTI JUGA DIELAKKAN
                                    SEMASA DALAM KAWASAN SEKOLAH



            1.     Ketawa kuat ( mengilai ), menjerit atau melolong.
            2.     Makan dan minum semasa berjalan.
            3.     Bergurau secara berlebihan dengan murid/sesama guru.
            4.     Meninggalkan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau GPK atau penyelia petang.
            5.     Meminta murid membeli makanan dan membawanya kepada guru semasa waktu persekolahan.
            6.     Berniaga sesama guru.
            7.     Berpakaian yang tidak sesuai dengan keadaan spt memakai selipar sewaktu tugas rasmi.
            8.     Mendiamkan  diri  apabila  melihat  murid  membuat  kesalahan  seperti  membuat  bising,
                   membuang    sampah  merata-rata,  berkelahi,  berpakaian  yang  tidak  sempurna,  menggunakan
                   bahasa yang kotor, mengambil barang orang tanpa kebenaran dan sebagainya.
            9.     Berlama-lamaan  serta  membuang  masa  di  kantin  sekolah  dan  di  tempat  tertentu  di  dalam
                   kawasan sekolah.
            10.    Memencilkan diri serta tidak mengambil cakna urusan sekolah dan murid seperti kera sumbang
                   sama ada dengan rakan sejawat, kakitangan, murid atau masyarakat.






            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                              36
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41