Page 35 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 35

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020



            Perkara berikut patut disediakan di dalam kelas :

                             Carta Organisasi Kelas / Menulis / membuat moto kelas.
                             Menampal visi dan misi sekolah.
                             Menampal Jadual Waktu Kelas terkini.
                             Keceriaan yang sesuai dengan kombinasi susun atur, warna, keceriaan
                             Mempunyai gambar-gambar sesuai / sudut matapelajaran.
                             Bakul sampah / penyapu / Alas meja guru / murid.
                             Langsir kelas.
                             Sudut pengiktirafan guru / murid.
                             Yuran kelas yang sesuai
                             Fail kelas / rekod kerja rumah, aktiviti / kegiatan kelas serta lain-lain dokumentasi
                              berkaitan kelas.

            8.     Peranan dan Tingkah Laku Guru.

                   8.1    Jauhilah  dari  makan,  minum,  menghisap  rokok,  membaca  suratkhabar  atau  majalah
                          kecuali ianya sebagai satu bahan pengajaran pada ketika itu.

                   8.2    Jauhilah  dari  menggunakan  bahasa-bahasa  yang  tidak  sedap  dituturkan.  Bahasa
                          tempatan atau loghat tempatan tidak digalakkan.

                   8.3    Pakaian yang tidak sempurna atau “ rugged “ tidak dibenarkan. Baju batik, ‘sport shirt’,
                          baju T ( kecuali PJ ), baju hawai dan seluar jeans  tidak dibenarkan. Pakailah pakaian
                          yang sesuai sebagai seorang pendidik.

                   8.4    Meninggalkan kelas tanpa sebab yang wajib atau tanpa kebenaran adalah satu perkara
                          yang tidak baik. Digalakkan dengan inisiatif sendiri menggantikan kelas yang tidak ada
                          guru sehingga Jadual Ganti siap.
                   8.5    Segala pengajaran hendaklah berkesan;

                             Ubahlah pengajaranmu mengikut kebolehan murid.
                             Selalu bersikap kreatif dan sedia menerima teguran dan tunjuk ajar.
                             “Pada diri seorang mukmin ada perkara yang boleh saya pelajari. Dalam hal ini saya
                              adalah muridnya “.
                             “Kami  telah  bekerja  dengan  cara  ini,  dan  tidak  diubah  lagi  “  .  Keluhan  begini
                              menunjukkan tingkat kedewasaan masih rendah.
                             “Nilai manusia tidak terletak pada yang tahu, tetapi terletak pada kemahuannya”.
                              Jadi, sesungguhnya pengetahuan tinggi, kemahuan tidak ada, maka tidak ada makna
                              “ MANUSIA ITU BERNILAI”.

                   8.6    Bersikap positif, ambil tahu dan ambil berat terhadap murid dan tanggungjawab adalah
                          satu perkara yang patut diamalkan.

                          “ Tidak ada bendapun  yang lebih mahal daripada kemerdekaan, dan tidak ada bahagian
                          yang lebih besar daripada menunaikan kewajipan “.

                                                                                                 (Saidina Ali)

                   8.7    Bersikap sensitif dan kreatif terhadap tugasan harian ( mendidik murid-murid sehingga
                          berjaya ) tanpa mengira masa dan kepentingan diri.



            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                              35
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40