Page 34 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 34
Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
2.7 Kekemasan murid.
Pakaian sekolah yang kemas, bersih, sesuai dan lengkap. Rambut diminyakkan dan
didandan rapi (bagi murid perempuan) kuku, gigi dan rambut diawasi. Baju dimasukkan
dengan kemas di dalam seluar setiap masa (bagi murid lelaki).
2.8 Pada waktu rehat, murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah.
3. Lampu dan kipas
Lampu dan kipas hanya dipasang pada masa sesuai contohnya cuaca panas, selepas PJ atau
semasa cuaca agak gelap. Lampu dan kipas hendaklah dipadamsemasa tiada murid/guru di
dalam kelas. Ketua / Penolong Ketua Kelas perlulah mengambil perhatian perkara ini.
4. Sudut-sudut mata Pelajaran
i. Sudut-sudut hendaklah mempamerkan bahan-bahan yang sesuai/salinan fotostat hasil
kerja murid, bahan-bahan P&P atau lembaran kerja murid.
ii. Bahan yang dipamerkan hendaklah menarik, kreatif, kemas serta teratur susun aturnya.
Bahan hendaklah digantikan mengikut kesesuaian atau sekurang-kurangnya sekali
sebulan. Bahan terkoyak, tidak kemas dielakkan.
1. Peraturan umum kelas
i. Semua urusan orang luar dan ibu bapa dengan ahli kelas mestilah melalui kebenaran
pentadbir terutamanya untuk membawa keluar mana-mana murid.
ii. Murid perlu berbaris ketika keluar kelas untuk rehat ( waktu rehat ) atau keluar pulang.
Ketua kelas di depan, penolong ketua kelas di belakang sekali. Elakkan berlari, bertolak-
tolak atau membuat bising.
iii. Hanya murid yang bertugas berada di kelas waktu pagi atau sebelum loceng pertama
berbunyi. Murid lain perlu berada di kawasan bertugas yang ditetapkan. Waktu PJ /
aktiviti persekolahan, semua murid berada di padang / tempat permainan / kawasan
ditetapkan.
iv. Setiap kelas mesti mempunyai JADUAL WAKTU dan JADUAL BERTUGAS yang jelas.
v. Murid yang ingin menyiapkan kerja rumah bolehlah melakukannya di pondok bacaan,
kantin atau perpustakaan sekolah.
vi. Tingkap dan pintu kelas eloklah ditutup selepas waktu persekolahan berakhir.
2. Pengurusan kelas untuk guru
Adalah amat penting guru-guru memastikan keadaan kelas cukup selesa dan bersedia
SEBELUM memulakan proses P & P. Panduan umum ke arah itu ialah seperti berikut:-
i. 5 minit pertama
Bacaan Doa
Mengambil kedatangan
Pengurusankebersihan
Menulis LO/SC
5 minit Bahasa Inggeris
5 minit Matematik
Motivasi / kebajikan murid
ii. Memulakan proses P & P
iii. 5 minit terakhir
Menyemak LO/SC
Kerja rumah
Nasihat / peringatan / pengumuman
Menyimpan semula carta / ABM / OHP / Peralatan
Urus sudut mata Pelajaran
SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 34

