Page 29 - Buku Pengurusan KVDSMZ 2021
P. 29

GARIS PANDUAN PENSYARAH YANG KELUAR BERKURSUS / MENGHADIRI MESYUARAT / TAKLIMAT ATAU
              AKTIVITI SEMASA WAKTU PEMBELAJARAN

                  1.  Pensyarah hanya dbenarkan keluar untuk tujuan di atas tidak melebihi 21 hari setahun.
                  2.  Setiap  pensyarah  yang  keluar  adalah  diwajibkan  mengisi  butiran  berkaitan  dalam  Borang  Pergerakan
                     Pensyarah disediakan dan diserahkan di  pejabat.
                  3.  Pensyarah yang menghadiri kursus adalah diwajibkan mengadakan satu sesi perkongsian ilmu di peringkat
                     panitia atau jawatankuasa berkenaan yang perlu mendapat maklumat berkaitan kandungan kursus berkenaan.
                  4.  Satu salinan bahan kursus beserta minit curai hendaklah diserahkan kepada TPA dan KJ berkenaan dalam
                     tempoh 3 hari selepas kembali berkursus untuk tujuan dokumentasi dan rujukan.


              PENGURUSAN KES  PONTENG  KOLEJ

                  1.  Semua Pensyarah mata pelajaran dan Penyelaras Kelas hendaklah menentukan semua pelajar (kecuali yang
                     sakit  dan  yang  mendapat  kebenaran  khas)  berada  dalam  kuliah  pada  waktu  belajar.  Pelajar-pelajar  yang
                     ponteng kolej hendaklah dilaporkan kepada TPSA / Pensyarah Disiplin.
                  2.  Setiap Pensyarah mata pelajaran hendaklah menyediakan dan menandatangani jadual kedatangan setiap kali
                     masuk kelas
                  3.  Sebarang ketidakakuran berkaitan kedatangan hendaklah dilaporkan oleh Ketua Jabatan kepada TPSA
                  4.  Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan terhadap kes ponteng/tidak hadir di Jabatan masing-masing.
                  5.  Pensyarah lain hendaklah juga memberi kerjasama mereka kepada penyelaras kelas dalam perkara di atas.
                  6.  Pelajar  yang  tidak  hadir  ke  kolej  tanpa  surat  doktor/surat  daripada  pejabat  kolej  hendaklah  dimaklumkan
                     kepada penjaga.
                  7.  Jika pelajar tidak hadir ke kolej, penyelaras kelas hendaklah mengambil tahu sebab tidak hadir ke kolej. Jika
                     sebab  yang  diberi  oleh  pelajar  itu  menimbulkan  keraguan,  laporkan  perkara  ini    kepada  KU  HEP  untuk
                     direkodkan.
                  8.  Pensyarah hendaklah memastikan pelajar bergerak dengan teratur ke mana-mana lokasi dalam kolej.
                  9.  Setiap  pensyarah    kursus  yang  masuk  ke  kuliah  hendaklah  menentukan  yang  tiada  seorang  pelajar  pun
                     meninggalkan kuliah. Pelajar yang meninggalkan kuliah/masuk lewat hendaklah dilaporkan kepada Pensyarah
                     Disiplin/Ketua Unit HEP.
                  10.  Pensyarah bertugas boleh menghantar pelajar yang sakit ke hospital/balik ke rumah jika perlu.  Bagi pelajar
                     perempuan, seorang teman harus ikut bersama.  Pengarah/Ketua Unit HEP harus diberitahu tentang pelajar
                     yang dihantar balik.


              PENGGUNAAN TELEFON DI KOLEJ

                  1.  Penggunaan  telefon  kolej  hanyalah  untuk    urusan    rasmi    sahaja.    Pensyarah  atau  AKP  tidak  dibenarkan
                     mengguna telefon kolej untuk urusan peribadi.
                  2.  Pensyarah dilarang menggunakan telefon bimbit semasa P & P di dalam bilik kuliah dan semasa mesyuarat.


              PENGGUNAAN KOMPUTER DAN MESIN FOTOKOPI PEJABAT

                  1.  Penggunaan Komputer dan Mesin Fotokopi Pejabat hanyalah untuk  urusan  rasmi  sahaja.  Pensyarah atau
                     AKP tidak dibenarkan menggunakan Komputer dan Mesin Fotokopi Pejabat untuk urusan peribadi.
                  2.  Pensyarah dilarang menggunakan Komputer dan Mesin Fotokopi Pejabat untuk tujuan PdPc, kertas latihan,
                     ujian, mengisi borang tuntutan.




                                                                                                            24
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34