Page 32 - Buku Pengurusan KVDSMZ 2021
P. 32
URUSAN DENGAN BPLTV / JPN / PPD
1. Pensyarah dan AKP tidak digalakkan pergi ke BPLTV, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD semasa waktu
pembelajaran untuk urusan peribadi seperti permohonan pertukaran, pertanyaan mengenai gaji /
perkhidmatan dan sebagainya kecuali jika diarahkan oleh Pengarah untuk berbuat demikian.
2. Sila bawa slip kebenaran Pengarah untuk urusan berkaitan untuk rujukan pegawai di bahagian berkenaan.
3. Jika benar-benar perlu pengurusan perkara berkenaan, sila laksanakan ketika waktu senggang yang tidak
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
TUGAS PENSYARAH
1. Tugas Pensyarah diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEP dan juga pentadbiran. Tugas tersebut
hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.
2. Sekiranya pensyarah dikehendaki menghadiri mesyuarat, di BPLTV, JPN atau PPD atau kolej lain hendaklah
dipatuhi. Pensyarah yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan Pensyarah lain melaksanakannya tanpa
pengetahuan Pengarah.
3. Pensyarah yang mewakili kolej dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah
dikemukakan kepada Pengarah dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh dari Frog VLE.
4. Pensyarah yang mewakili kolej ke sesuatu kursus, seminar atau seupamanya, apabila balik ke kolej hendaklah
menjalankan ”In House Training ” kepada Pensyarah dan dimaklumkan kepada Pengarah / Timbalan Pengarah
Akademik tarikh dan masa pelaksanaannya.
5. Pensyarah yang melaksanakan tugas rasmi diluar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk
pelajar dan maklumkan kepada Ketua Jabatan / Ketua Unit masing-masing.
BILIK PENSYARAH
1. Pensyarah hendaklah berada di Bilik Pensyarah / Bilik Pensyarah bengkel semasa tidak mengajar di kuliah.
Masa tersebut hendaklah dianggap ’non-teaching period’ dan bukannya ’ free period ’ .
2. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
atau berkaitan dengan tugasan kolej sahaja.
3. Pensyarah yang berada di Bilik Pensyarah hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana
yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain
4. Pensyarah tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di Bilik Pensyarah.
5. Kebersihan dan keselamatan Bilik Pensyarah adalah menjadi tanggungjawab semua pensyarah, termasuk
keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik pensyarah.
6. Sesiapa yang terakhir meninggalkan Bilik Pensyarah hendaklah memastikan semua komputer, lampu, alat
penghawa dingin dimatikan dan semua pintu dikunci.
27

