Page 58 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 58

BAWANG MERAH



                                                       Nama saintifik :  Allium cepa var ascalonicum (L)
                                                       Back
                                                       Nama lain :



                                                       Nama tempatan :  Bawang merah
                                                         Famili : Alliaceae




               Bawang Merah (Allium cepa var ascalonicum (L) Back) merupakan sejenis tanaman yang menjadi
               bumbu berbagai masakan di dunia. Berasal dari Iran, Pakistan, dan pegunungan-pegunungan di
               sebelah utaranya, kemudian dibudidayakan di daerah dingin, sub-tropis maupun tropis.


               Ciri - Ciri Tumbuhan

               Umbi bawang dapat dimakan mentah, untuk bumbu masak, acar, obat tradisional, kulit umbinya dapat
               dijadikan  zat  pewarna  dan  daunnya  dapat  pula  digunakan  untuk  campuran  sayur
               (https://id.wikipedia.org).Bawang Merah adalah tanaman semusim dan memiliki umbi yang berlapis.
               Tanaman mempunyai akar serabut, dengan daun berbentuk silinder berongga.Umbi tanaman Bawang
               Merah, terbentuk dari pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang berubah bentuk dan
               fungsi, membesar dan membentuk umbi berlapis.Umbi bawang merah terbentuk dari lapisan-lapisan
               daun yang membesar dan bersatu. Umbi bawang merah bukan merupakan umbi sejati seperti kentang
               atau talas.


                Bahagian Yang Digunakan

               Biji dan daun


               Amalan Tradisi Perawatan

               Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia juga
               mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi. [perlu rujukan]  Beberapa penyelidikan
               telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil
               penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian
               utama. Sebatian pertama ialah sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan sebatian
               kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko
               kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser,
               anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Dari penyelidikan terkini,
               bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati
               mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar).
               Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai
               saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser. Bawang merah juga didapati boleh
               menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah
               dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit
               symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga
               membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's.
               Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing
               manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.
   53   54   55   56   57   58   59