Page 57 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 57

BAWANG PUTIH


                                                           Nama saintifik :  Allium sativum

                                                           Nama lain : Garlic,




                                                           Nama tempatan :  BAWANG PUTIH

                                                           Famili : Alliaceae






               Bawang  putih  atau  nama  sainsnya  Allium  sativum  merupakan  tumbuhan  berumpun  yang
               bersiung-siung,  di  mana  tiap  siungnya  terbungkus  dengan  kulit  tipis.  Daun  bawang  putih
               berbentuk  pita,  dan  akarnya  akar  serabut.  Bunganya  berwarna  putih,  dan  kalau  dihiris
               umbinya berbau sangat tajam dan khas. Bahan kimia yang terdapat pada bawang putih ialah
               sativine  dan  allicin.  Sativine  adalah  bahan  kimia  yang  mengandungi  daya  mempercepat
               pertumbuhan sel dan pertumbuhan jaringan.

               Ciri - Ciri Tumbuhan


               Bawang putih digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai
               sebagai  ramuan,  bawang  putih  dihancurkan  dengan  ditekan  dengan  sisi  pisau  (dikeprek)
               sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga
               ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.

                Bahagian Yang Digunakan


               Biji


               Amalan Tradisi Perawatan

               Bagi mereka yang menghidap selesema, flu, cirit-birit berdarah, taun atau penyakit lain yang
               berjangkit, maka bawang putih baik untuk kesihatan. Bagi jangkitan dalam telinga, minyak
               bawang putih yang dititik ke dalam telinga dikatakan ramuan yang berkesan. Bawang putih
               juga dapat mencuci darah dan menyingkirkan bahan beracun, termasuk logam berat, dari
               tubuh. Maka tidak diragui bahawa ia boleh membantu pesakit kanser dan penghidap penyakit
               serius lain kerana penyembuhan lebih mudah berlaku apabila darah menjadi bersih. Ia juga
               dapat membantu kes-kes kanser yang jauh di dalam tubuh, seperti kanser usus besar, hati,
               pankreas, prostat, rahim dan tulang. Bawang putih juga berkesan menentang penyakit jantung
               (biasanya  jenis  yang).  Bawang  putih  mencair  dan  mencuci  serta  mengurangkan  proses
               pembekuan  darah.  Ini  membolehkan  darah  mengalir  lebih  lancar  dalam  salur  darah  yang
               sebahagiannya disekat  oleh himpunan kolesterol. Dengan itu kuranglah berlaku serangan
               jantung. Jadi, bawang putih boleh membantu penghidap darah tinggi, pesakit berkolesterol
               tinggi dan masalah yang dikaitkan dengan jantung dan peredaran darah.
   52   53   54   55   56   57   58   59