Page 56 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 56

TEMU LAWAK
                                                       Nama saintifik :  Curcuma xanthorrhiza

                                                       Nama lain : Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma
                                                       xanthorrhizae, shu kuat keung wong (kantonis) , giant curcuma,
                                                       false turmeric, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih


                                                       Nama tempatan :  Temu Lawak

                                                       Famili : Zingiberaceae




               Temulawak  adalah  tanaman  asli  Indonesia  yang  bentuknya  mirip  dengan  kunyit.  Tanaman  yang
               memiliki nama latin Curcuma xanthorrhiza ini biasanya berbentuk seperti silinder dengan diameter 6
               cm.Umumnya, tanaman ini memiliki kulit yang berwarna kuning muda. Sebagai tanaman monokotil,
               tanaman  ini  tidak  memiliki  akar tunggang.  Akar  yang  dipunyai  yaitu  akar  rimpang.Rimpang  adalah
               bahagian batang yang terletak di bawah tanah. Rimpang juga disebut sebagai umbi akar atau umbi
               batang. Di antara semua rimpang bergenus Curcuma, rimpang tanaman inilah yang paling besar di
               antara tanaman lainnya.Rimpang temulawak terdiri dari rimpang induk dan anakan. Rimpang induknya
               berbentuk bulat seperti telur dan berwarna kuning tua, sementara bagian dalamnya berwarna jingga
               kecokelatan.Dari rimpang induk ini keluar rimpang kedua yang lebih kecil dan tumbuh ke  samping.
               Biasanya jumlahnya sekiar 3 sampai 7 buah.

               Ciri - Ciri Tumbuhan


               Temulawak  merupakan  tumbuhan  tahunan  yang  hidup  secara  berumpun.  Setiap  pokok  biasanya
               mempunyai 2-9 helai daun. Ketinggian pokok boleh mencapai 2.5 meter. Pokok temu lawak berbunga
               sepanjang masa, bunganya berwarna putih atau kuning tua dan pangkal bunga berwarna ungu. Rizom
               temulawak berwarna kuning tua dan ia mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan..

                Bahagian Yang Digunakan

               Rizomnya


               Amalan Tradisi Perawatan

               Dalam  perubatan  herba  temulawak  banyak  digunakan  untuk  mengubat  penyakit-penyakit
               seperti: Rheumatik dan kesakitan pada otot, Ubat demam ( anti-pyretic), Masalah hati, demam
               kuning  dan  penyakit  batu  karang  ,  Penyakit  kulit  ,Menghilangkan  kekejangan  dan
               mengelaknya dari berulang  Buasir dan masalah kerengsaan pada rectum, Berak berdarah
               (bloody diarrhea) dan di sentri. Juga merawat masalah sembelit, Batuk dan demam pada
               kanak-kanak , Masalah keputihan dan jangkitan kulat sepeti candida albican pada vagina ,
               Penyakit  kencing  manis  ,  Gastrik  dan  gas  berlebihan  Capa  penggunaan  ialah  dengan
               mengambil 3-9 g rizomnya yang segar (kering 1-5 g) dan direbus sekejap supaya minyak
               sarinya  tidak  hilang  dan  rizomnya  dimakan  setiap  kali  sebelum  makan.  Ini  juga  akan
               melancarkan penghadaman makanan. selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi ubat pada
               kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan
   51   52   53   54   55   56   57   58   59