Page 53 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 53

BETIK


                                                            Nama saintifik :  Folium Carica papaya

                                                            Nama lain :




                                                            Nama tempatan :  Betik

                                                            Famili :






               Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-
               pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam
               dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah
               muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.


               Ciri - Ciri Tumbuhan

               Pokok renek besar setinggi 2–7 m. Batang tunggal, tengah berongga, kulit banyak bekas
               parut dari batang daun. Daun majmuk, besar, susunan berpilin, tangkai daun panjang
               berongga, daun seperti jari tangan, tiada bulu, urat daun jelas kelihatan. Bunga terdiri dari
               jantan, betina atau dwijantina (hermafrodit), keluar dari celah ketiak daun. Bunga jantan
               majmuk, kecil, kuning muda, 5 kelopak, bertangkai panjang, keluar berjuntai di celah daun.
               Bunga betina besar, tunggal atau beberapa kuntum dalam sejambak bunga, mempunyai 5
               kelopak, kuning. Buah besar, bula melonjong, kulit hijau ketika muda, kuning atau oren
               apabila masak, isi putih ketika muda dan bertukar oren apabila masak. Banyak biji kecil,
               coklat kehitaman, berbentuk bulat melonjong..

                Bahagian Yang Digunakan


               Buah dan daun


               Amalan Tradisi Perawatan

               Manfaat pucuk betik ialah sebagai merawat demam melaria, memperbanyakkan susu bagi
               ibu  selepas  bersalin  dan  menjadi  bahan  perapan  untuk  emengempukkan  daging
               satay.Penggunaan  : Ambil dua helai daun betik yang tidak terlalu tua dan tidak pula terlalu
               muda. Buang semua urat daun yang kasar dan ambil pucuk sahaja.  Bersihkan daun tersebut
               dan blender dengan segelas air. Panaskan air daun betik itu dengan api yang sederhana
               sehingga tinggal sesudu atau dua sudu dan minum sesudah air itu sejuk.
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58