Page 54 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 54
BENDI
Nama saintifik : Abelmoschus esculentus
Nama lain :
Nama tempatan : Bendi
Famili : Malvaceae
Bendi ialah sejenis sayur-sayuran buah yang disukai oleh penduduk di Malaysia dan di kawasan
beriklim tropika dan berhawa sederhana. Nama-nama lain yang digunakan untuk sayuran ini di
Malaysia ialah kacang bendi, kacang mior dan kacang lendir. Bendi berasal dari Afrika Tengah dan
sesuai ditanam di kawasan yang beriklim tropika dan berhawa sederhana. Di Malaysia, tanaman ini
banyak ditanam di Johor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang .Buah bendi yang muda
mempunyai citarasanya yang tersendiri dan boleh dimasak dan dihidang dengan bermacam cara,
terpulang kepada selera penduduk-penduduk setempat. Antara sajiannya ialah sup, goreng, kari,
ulam dan juga salad. Disamping kelazatannya, bendi mempunyai banyak khasiat pemakanan.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Pokok herba separa keras ini boleh hidup sepanjang tahun, ia boleh mencapai ketinggian sehingga 4
m sekiranya tidak dicantas. Batangnya agak lembut ketika muda tetapi kemudiannya membulat
sederhana keras berwarna hijau gelap serta tegap, tiada mempunyai banyak percabangan dengan
bulu-bulu halus di seluruh bahagian. Daun jenis tunggal, susunan berpilin, bersaiz besar, mempunyai
3, 5 atau 7 cuping, tangkai daun sederhana panjang. Bunga jenis tunggal, saiz sederhana besar,
mempunyai kelopak besar berwarna kuning dengan ukuran 4 - 8 cm garispusat. Pendebungaan
dilaksanakan oleh serangga seperti lebah, rama-rama, kumbang, semut dan sebagainya. Buah jenis
kapsul berbentuk silinder yang meruncing di hujungnya di mana berwarna hijau ketika muda dan
bertukar perang apabila telah tua, mengandungi banyak biji. Biji sederhana kecil, berbentuk bulat,
berwarna putih semasa muda bertukar kelabu keperangan apabila telah tua. Buah-buah sayur bendi
[4]
cenderung melendir apabila dipetik sebelum dimasak; lendir tersebut dapat mencair hampir terurai
apabila ia dimasak dengan bahan berasid seperti tomato, jus limau atau cuka.
[5]
Bahagian Yang Digunakan
Buah
Amalan Tradisi Perawatan
Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan
kecergasan. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum,
mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang,
mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis. Air rebusannya juga
sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusa yang dicampur gula boleh dibuat
sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk
tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

