Page 55 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 55
TEMU PAUH
Nama saintifik : Curcuma amada
Nama lain :
Nama tempatan : Temu pauh
Famili :
Pokok temu ada beberapa jenis, salah satunya ialah pokok temu pauh. Ia dipanggil temu pauh
kerana rizomnya berbau seperti bau buah pauh/mangga. Pokok temu pauh adalah tanaman herba
yang mengandungi pelbagai khasiat kesihatan yang hidup berumpun seperti pokok kunyit. Ia
mengandungi umbisi berakar dan mengeluarkan rizom yang akhirnya akan menerbitkan anak pokok.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Pokok temu pauh mudah dibiakkan melalui pecahan rumpun atau pun menggunakan umbisi
yang akan mengeluarkan rizom sebagai anak pokok.Rizom temu pauh yang muda sangat
sesuai dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Bau dan rasanya seolah-olah
buah pauh muda dan tidak pahit. Ulaman temu pauh dijadikan makanan pembuka selera
seperti ulam-ulaman lain. Ia juga dijadikan salah satu ramuan untuk membuat urab atau
kerabu. Umbisi muda temu pauh ini boleh dibuat sambal goreng atau ditambahkan dalam
masakan sayuran. Jus temu pauh pula diminum untuk meredakan pelbagai jenis penyakit.
Daun temu pauh biasanya dijadikan salah satu bahan mandian herba bagi wanita lepas
bersalin.
Bahagian Yang Digunakan
Rizom @ umbisi dan daun.
Amalan Tradisi Perawatan
Anti kanser, merawat ketegangan urat saraf, mengurangkan kolesterol dan darah
tinggi serta membantu mengurangkan masalah saluran pencernaan dan saluran
darah tersumbat. Temu pauh juga dimakan bagi mengurangkan stres. Enak dimakan
sebagai ulam, ditumbuk campur kedalam sambal dan digoreng dengan sayur.

