Page 12 - BUKU PENGURUSAN
P. 12

BUKU PENGURUSAN SKTM 2021




                   PERATURAN AM 2021

                  I)   Kedatangan Harian Guru


                       1.  Berdasarkan  Surat  Pekeliling  Ikhtisas  Bil.  2/81  yang  bertarikh  12
                          September  1981  menyebut  bahawa  semua  Pegawai  Perkhidmatan
                          Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar di kehendaki berada di
                          sekolah  sekurang-kurangnya  lima  minit  sebelum  sekolah  bermula.
                          Bagaimanapun,  guru  bertugas  harian  perlu  hadir  di  sekolah  pada  jam
                          07.00 pagi.
                       2.  Guru hendaklah menulis nama penuh dengan kemas, cantik dan bersih ke
                          dalam  Buku  Kedatangan  Harian  Guru  dan  menandatanganinya  dalam
                          ruangan yang disediakan iaitu waktu tiba dan waktu pulang
                       3.  Penulisan  nama  di  dalam  Buku  Kedatangan  Harian  Guru  hendaklah
                          dilakukan oleh guru itu sendiri bermaksud tidak boleh diwakilkan kepada
                          guru-guru lain.
                       4.  Nyatakan waktu tiba (masa) dan waktu pulang dengan jelas
                       5.  Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan
                          masa sepanjang waktu bertugas, semasa datang dan balik dari sekolah,
                          ketika  memasuki  bilik  darjah  untuk  mengajar  dan  semasa  menjalankan
                          sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.
                       6.  Ketepatan  masa  juga  bermakna  seseorang  guru  perlu  mengikut  jadual
                          pengajaran  dan  tidak  dibenarkan  meninggalkan  kelasnya  ataupun
                          kawasan sekolah
                       7.  Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua warga sekolah iaitu
                          guru, kakitangan dan juga murid-murid.
                       8.  Guru  hendaklah  datang  ke  sekolah  selewat-lewatnya  pada  pukul  07.25
                          minit pagi dan pulang selepas 20 minit loceng pulang kedua dibunyikan.
                          Sekiranya  ada  mesyuarat,  perjumpaan  atau  aktiviti  kokurikulum  selepas
                          waktu  sekolah,  maka  waktu  pulang  adalah  sebaik  sahaja  program
                          berkenaan berakhir.
                       9.  Perhimpunan  rasmi  akan  diadakan  sekali  setiap  minggu,  iaitu  pada  hari
                          Ahad. Semua guru dikehendaki menghadirinya dan perlu berada di tapak
                          perhimpunan  apabila  loceng  pertama  dibunyikan  pada  jam  07.30  minit
                          pagi.
                       10. Guru mata pelajaran masa pertama dikehendaki berada bersama murid-
                          murid semasa perhimpunan pagi pada hari Isnin hingga Khamis.
                       11. Kehadiran guru adalah wajib jika diadakan kegiatan rasmi sekolah (Hari
                          Guru, Hari Sukan Sekolah, Hari Anugerah Cemerlang, Mesyuarat Agung
                          PIBG, Perjumpaan Kokurikulum dan lain-lain).







                                                                                                       12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17