Page 13 - BUKU PENGURUSAN
P. 13
BUKU PENGURUSAN SKTM 2021
II) Ketepatan Waktu
1. Guru-guru hendakah memasuki kelas mengikut waktu mata pelajaran
yang ditetapkan termasuk menyelia aktiviti luar bilik darjah. Mereka yang
datang lewat hendaklah menerangkan keadaan sebenar kepada Guru
Besar atau Guru Penolong Kanan.
2. Seseorang guru yang tidak hadir ke sekolah hendaklah berhubung
dengan pihak sekolah sama ada dengan Guru Besar, Guru-guru Penolong
Kanan atau pihak pejabat sekolah sebelum waktu pelajaran pertama
bermula. Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan kepada pihak
sekolah untuk rujukan guru ganti.
3. Sila kemukakan surat keterangan doktor atau satu keterangan bertulis
kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan setelah tiba ke sekolah
pada keesokannya dengan segera.
III) Meninggalkan Kawasan Sekolah
1. Guru-guru yang hendak meninggalkan kawasan sekolah atas sebab-
sebab peribadi yang mustahak boleh berbuat demikian setelah
memaklumkannya kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan.
(Sertakan dokumen berkaitan jika ada)
2. Sebelum keluar dari kawasan sekolah, haruslah dicatatkan keterangan
pemergian itu serta nyatakan sebabnya atas kebenaran siapa, waktu
keluar dan waktu masuk selepas selesai urusan tersebut.
3. Sekiranya guru ke klinik atau hospital untuk temu janji dengan doktor, sila
sertakan ‘time slip’ jika guru tidak diberikan cuti untuk hari tersebut .
IV) Pakaian Guru
1. Pakaian guru hendaklah sesuai seperti yang diarahkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
2. Guru hendaklah sentiasa berpakaian kemas supaya disegani dan
dihormati.
3. Guru lelaki hendaklah bertali leher.
4. Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) hendaklah
berpakaian sesuai semasa pengajaran mata pelajaran tersebut. Pakaian
berkenaan hendalah membolehkan guru bergerak bebas semasa
mengajar.
5. Bermula pelajaran pertama selepas rehat, guru PJK hendaklah memakai
semula pakaian rasmi kerja (bukan pakaian PJK)
6. Tanda nama guru mesti sentiasa dipakai ketika berada di kawasan
sekolah atau premis pendidikan seperti PPD.
13

