Page 15 - BUKU PENGURUSAN
P. 15

BUKU PENGURUSAN SKTM 2021



                                Nazir Negeri / Persekutuan
                                Pendaftar / Penolong Pendaftar Sekolah
                                Pegawai-pegawai  dari  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  /  Jabatan
                                 Pelajaran Kedah

                       6.  Buku  Rekod  Mengajar  ini  adalah  hak  sekolah.  Di  akhir  persekolahan
                          Penggal Kedua atau sebelum seseorang guru itu bertukar ke sekolah lain
                          , buku ini hendaklah diserahkan kembali kepada Guru Besar atau pihak
                          sekolah.
                       7.  Guru-guru mestilah membawa buku ini setiap kali mengajar untuk rujukan
                          diri dan penyelia yag datang.


                 VIII) Adab Pelajar @ Disiplin dan Tanggungjawab

                       1.  Semua  guru  memainkan  peranan  sebagai  seorang  pendidik  dan
                          memelihara satu taraf disiplin yang tinggi, di samping memupuk perasaan
                          hormat di kalangan guru, murid dan seluruh masyarakat sekolah di dalam
                          atau di luar sekolah.
                       2.  Mengelakkan  diri  dari  membuat  sebarang  kenyataan  atau  ulasan  yang
                          boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan murid atau ibu
                          bapa  atau  berbuat  sesuatu  yang  boleh  menjatuhkan  maruah  rakan
                          sejawat.
                       3.  Guru  perlu  berusaha  dengan  sepenuhnya  menunaikan  tanggungjawab
                          dengan  rajin  dan  bersungguh-sungguh  serta  mengekalkannya  sejajar
                          dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
                       4.  Guru sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutama mereka yang
                          baru dalam kerjaya pendidikan.
                       5.  Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
                          perguruan.
                       6.  Seseorang  guru  harus  bertindak  tegas  terhadap  kelemahan  disiplin
                          dikesan,  tidak  kira  sama  ada  semasa  itu  gru  berkenaan  bertugas  atau
                          tidak.
                       7.  Jika tidak dapat masuk ke kelas oleh sebab sesuatu hal perlu diberitahu
                          kepada Guru Besar/Guru Penolong Kanan supaya diberi penggantinya.
                       8.  Semasa rehat atau semasa murid-murid kelas itu tidak berada di dalam
                          kelas  yang  berkenaan,  tidak  seorang  murid  pun  dibenarkan  berada  di
                          dalam kelas yang kosong itu.
                       9.  Sila catatkan nama dan butiran murid yang ponteng dank rang disiplin ke
                          dalam Buku Rekod Disiplin Murid (diletakkan di pejabat).
                       10. Edarkan surat rasmi kepada ibu bapa (2 salinan) jika guru perlu berjumpa
                          dengan  mereka  untuk  berbincang  hal  disiplin  murid  berkenaan.  Satu
                          salinan  perlu  diberi  kepada  Guru  Besar  /  Guru  Penolong  Kanan  untuk
                          makluman dan tindakan.
                       11. Segala  surat  menyurat  kepada  ibu  bapa  atau  penjaga  perlu  diberitahu
                          kepada Guru Besar  / Guru Penolong Kanan. Surat amaran ponteng kali
                          pertama / kedua / ketiga di sediakan di pejabat sekolah untuk tindakan.

                                                                                                       15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20