Page 17 - BUKU PENGURUSAN
P. 17
BUKU PENGURUSAN SKTM 2021
Sepanjang Sesi Pagi
i. Tiba di sekolah 15 minit sebelum edaran Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) dibuat pada jam 07.00 pagi.
ii. Menyelia dan melaporkan tentang pengawas-pengawas yang bertugas
di tempat yang berasingan.
iii. Menyelia kawasan sekolah pada sebelah pagi serta merekodkan
semua aktiviti murid.
iv. Mengetuai perhimpunan serta merekodkan semua pengumuman.
Semasa dan Selepas Waktu Rehat
Guru bertugas bertanggungjawab mengawal disiplin murid-murid.
Waktu Rehat
i. Mengawal disiplin dan kelakuan baik semua yang berada di kantin dan
di padang serta memastikan bahawa tidak ada seorang pun yang akan
minum di luar kantin / di dalam kelas.
ii. Merekodkan segala aktiviti murid yang dilaporkan oleh pengawas.
Selepas Waktu Rehat
i. Mengawal keadaan murid-murid berbaris di hadapan bilik darjah.
ii. Membuat penilaian terhadap keadaan bilik darjah.
iii. Menilai / menentukan keadaan kebersihan di sekeliling kawasan
sekolah.
iv. Menentukan tahap kebersihan semua tandas adalah paling
memuaskan.
Waktu Bersurai
i. Keluar sekolah setelah 15 minit loceng berbunyi.
ii. Mengawal murid yang pulang dengan bas dan basikal.
XII) Lawatan Sambil Belajar
1. Perkara-perkara berikut perlulah diambil tindakan sebelum lawatan
itu dibuat :
- Surat penerangan mengenai lawatan tersebut kepada ibu
bapa/penjaga
- Persetujuan bertulis ibu bapa/penjaga sebelum lawatan
- Peraturan keselamatan perlu dijelaskan sebelum lawatan
- Disiplin murid mesti dijaga dengan ketat dan mengikut arahan guru
pengiring
- Murid-murid mesti ditemani oleh guru semasa lawatan
- Alat-alat pertolongan cemas hendaklah dibawa bersama ketika
lawatan
- Gunakan borang-borang ang ditetapkan mengikut Undang-undang
Pelancongan Sekolah 1957
17

