Page 16 - BUKU PENGURUSAN
P. 16
BUKU PENGURUSAN SKTM 2021
Sila berhubung dengan Guru Penolong Kanan HEM atau Pembantu
Tadbir sekolah untuk mendapatkan borang.
12. Segala pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak sekolah perlulah
ditandatangani bila diedarkan untuk makluman guru.
IX) Kerja Bertulis Murid
1. Buku latihan bertulis murid mestilah disemak dan diperiksa oleh guru yang
berkenaan.
2. Guru-guru hendaklah menghantar buku-buku bertulis ke pejabat untuk
diperiksa oleh Guru Besar / Guru Penolong Kanan dalam tempoh Januari
– Februari, Mac – Mei, Jun – Ogos.
3. Buku latihan murid hendaklah disemak dengan teliti. Semakan juga
hendaklah ditumpukan terhadap aktiviti pembetulan kerja murid :
Catatkan tarikh pada setiap kali guru membuat semakan.
Catatkan juga singkatan nama guru dan tandatangan pada tiap-tiap
semakan.
Menentukan setiap murid menyiapkan semua latihan yang
diberikan.
Membekalkan kerja rumah jka tidak dapat disiapkan pada masa
yang ditetapkan.
X) Hukuman Fizikal
1. Semua guru dilarang keras menjalankan hukuman fizikal ke atas diri
murid-murid yang berkelakuan buruk dan wajar dijatuhkan hukuman,
hendaklah segera dirujuk kepada anggota jawatankuasa disiplin sekolah.
Jika berlaku kes-kes yang rumit, haruslah disampaikan kepada Guru
Besar / Guru Penolong Kanan untuk tindakan selanjutnya.
2. Guru kelas hendaklah menyimpan rekod bertulis mengenai kesalahan-
kesalahan yang serius ke dalam Buku Rekod Disiplin (SSDM) yang
diletakkan di pejabat sekolah.
3. Guru dilarang menahan murid-murid di dalam kelas untuk seluruh
bahagian daripada waktu rehat, menyuruh murid-murid berdiri di atas
meja atau kerusi, menyuruh murid menyiapkan kerja yang belum selesai
di luar kelas (laluan koridor) atau mendenda murid-murid menulis beribu
atau beratus ayat-ayat yang tidak memberi erti kepada murid tersebut.
XI) Guru Bertugas Harian
1. Pada setiap hari persekolahan, empat (4) orang guru akan bertugas
mengikut satu jadual giliran bertugas yang disediakan.
2. Sekiranya guru bertugas berkenaan tidak hadir, seorang guru yang lain
akan diminta menggantikan tempat guru yang tidak hadir itu. Guru yang
tidak hadir itu pula akan mengambil giliran bertugas guru yang
mengantikannya di masa hadapan.
16

