Page 14 - BUKU PENGURUSAN
P. 14

BUKU PENGURUSAN SKTM 2021




                 V)    Cuti Sakit

                       1.  Guru  yang  tidak  dapat  hadir  ke  sekolah  hendaklah  memberitahu  Guru
                          Besar atau Guru Penolong Kanan atau kerani sekolah seberapa segera
                          untuk membolehkan Guru Penolong Kanan menyempurnakan tugas guru
                          tersebut kepada guru lain.
                       2.  Cuti doktor swasta dibenarkan tidak melebihi 2 hari pada satu masa dan
                          jumlahnya tidak melebihi 15 hari setahun.

                 VI)  Pungutan Yuran

                       1.  Yuran (tiada sebarang yuran persekolahan yang boleh dikutip oleh guru-
                          guru).
                       2.  Hanya  yuran  PIBG  dan  bayaran  peralatan  persekolahan  sahaja  yang
                          boleh  dikutip  oleh  guru-guru.  Sebarang  pungutan  wang  tambahan
                          hanyalah dengan kelulusan PIBG sekolah
                       3.  Guru-guru  hendaklah  menandatangani  Borang  Penurunan  Kuasa
                          Mengutip Wang terlebih dahulu.
                       4.  Guru  hendaklah  menyerahkan  wang  tersebut  kepada  Pembantu  Tadbir
                          pada  hari  yang  sama  sebelum  jam  12.00  tengah  hari  supaya  pihak
                          pejabat dapat mengkreditkannya ke dalam bank pada hari yang sama.
                       5.  Pastikan tarikh resit murid dan tarikh penyerahan ke pejabat adalah pada
                          tarikh yang sama.

                 VII)  Buku Rekod Mengajar

                       1.  Buku  Rekod  Mengajar  hendaklah  dihantar  pada  hari  Khamis  atau  hari
                          terakhir pada satu-satu minggu.
                       2.  Rancangan  Pengajaran  Harian  perlu  disediakan  sehingga  pada  hari
                          pertama  minggu  berikutnya.    Rancangan  Pengajaan  Harian  haruslah
                          dapat     menunjukkan      keterangan-keterangan       yang     cukup     untuk
                          membolehkan Guru Besar atau Guru Penolong Kanan mengikuti pelajaran
                          tertentu seperti mana tercatat di dalam buku rekod tersebut.
                       3.  Buku Rekod Mengajar perlu ada di pejabat sekolah sekiranya guru tidak
                          hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu.
                       4.  Buku  Rekod  Mengajar  ini  adalah  satu  dokumen  yang  penting  kepada
                          seseorang  guru.  Oleh  itu  guru  harus  pastikan  bahawa  catatan  yang
                          disenaraikan di bawah ini lengkap:
                                Sukatan Pelajaran
                                Huraian Sukatan Pelajaran
                                Rancangan Pengajaran Tahunan
                                Kontrak Pengajaran Tahunan
                                (Kesemua item di atas disediakan dalam bentuk ‘Ring File’)

                       5.  Buku Rekod Mengajar ini bukan hanya untuk rujukan dan semakan Guru
                          Besar sekolah sahaja bahkan ianya adalah untuk perhatian :

                                                                                                       14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19