Page 18 - BUKU PENGURUSAN
P. 18

BUKU PENGURUSAN SKTM 2021




                       2.  Tempat-tempat yang digalakkan untuk lawatan adalah :
                              -  Tempat-tempat bersejarah
                              -  Kawasan perindustrian
                              -  Tempat-tempat yang berkaitan dengan pengajaran dan
                                 pembelajaran
                              -  Kawasan-kawasan pertanian
                              -  Tempat-tempat yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan
                              -  Tempat-tempat suci agama


                   XIV) Hubungan Dengan Ibu Bapa
                       1.  Kerjasama yang baik hendaklah diutamakan demi untuk menjalinkan
                          suasana yang harmonis.
                       2.  Berilah bantuan / kerjasama yang dikehendaki kepada pelawat dan ibu
                          bapa
                       3.  Jika menghadapi masalah, sila rujuk kepada Guru Besar atau Guru
                          Penolong Kanan.
                       4.  Sekiranya terjadi perkara yang di luar dugaan, guru-guru perlu
                          memberitahu  kepada Guru Besar supaya dapat penjelasan / keterangan
                          awal sebelum ibu / bapa datang berjumpa dengan beliau secara rasmi.
                       5.  Segala masalah dan keputusan harus diberitahu kepada Guru Besar /
                          Guru Penolong Kanan untuk direkod.

                   XV) Perkara Am
                       1.  Kenyataan Akhbar
                          Guru adalah dilarang membuat sebarang kenyataan akhbar walaupun
                          bertindak atas nama Guru Besar / pihak sekolah
                       2.  Surat Rasmi
                          Semua surat rasmi yang ditujukan keluar mestilah mendapat kelulusan
                          daripada Guru Besar terlebih dahulu dengan melalui dan salinannya
                          kepada Guru Besar
                       3.  Pensyarah Jemputan
                          Pensyarah jemputan yang diundang ke sekolah mestilah mendapat
                          kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.
                       4.  Disiplin Murid
                              i.     Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memastikan disiplin
                                     murid di tahap yang baik.
                              ii.    Jika seseorang guru merasakan bahawa seseorang murid patut
                                     dikenakan tindakan rotan di atas kesalahannya, maka ia
                                     hendaklah merujuk kepada Guru Disiplin, Guru Penolong Kanan
                                     Hem dan Guru Besar. Setiap hukuman yang diambil / dikenakan
                                     mestilah disahkan kesalahannya , di mana dia dirotan,
                                     mempunyai saksi dan perlu direkodkan dalam Buku Disiplin
                              iii.   Guru-guru boleh mendapatkan surat amaran rasmi tindakan
                                     disiplin daripada pejabat sekolah.


                                                                                                       18
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23