Page 137 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 137
PENGENALAN INOVASI
Kategori pertandingan : Kumpulan Menengah
Tajuk inovasi : Science Quest
Sinopsis inovasi
SCIENCE QUEST ini dijalankan bertujuan meningkatkan keputusan PT3 murid tingkatan 3
2019. Rasional kajian adalah berdasarkan pencapaian murid dalam Ujian Diagnostik
Akademik PT3 (PDA) yang kurang memuaskan dengan hanya memperolehi Gred Purata
3.54. Bagi mengatasi masalah ini, satu inovasi terhadap latih tubi yang dinamakan SCIENCE
QUEST telah diperkenalkan sebagai satu amalan terbaik dalam PdP. SCIENCE QUEST
dijalankan melalui teknik PAK-21, 1 stay 4 stray dengan menggunakan soalan-soalan
berbentuk eksperimen dan rekacipta. Dalam inovasi ini, setiap kumpulan akan melalui tiga
fasa utama iaitu perbincangan, pencarian maklumat dan pengumpulan maklumat. Hasil
kajian inovasi ini menunjukkan berlaku peningkatkan pencapaian murid tingkatan 3 dalam
keputusan PT3 2019 dengan memperoleh Gred Purata 1.58 iaitu sebanyak 44.6%
peningkatan berbanding Ujian PDA. Analisis pemerhatian juga menunjukkan telah berlaku
perubahan tingkahlaku murid kepada lebih berkeyakinan serta bersemangat semasa
menjawab soalan Sains PT3 khususnya bagi kumpulan murid yang lemah.
Rasional nama SCIENCE QUEST:
‘SCIENCE’ atau Sains ialah disiplin ilmu yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen yang
sistematik terhadap fenomena alam semula jadi.
‘QUEST’ berasal dari perkataan Bahasa Inggeris yang membawa maksud suatu usaha atau
tindakan yang melibatkan inkuiri, pencarian, dan penyiasatan dalam mencari jalan
penyelesaian bagi sesuatu situasi atau masalah.
137

