Page 140 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 140

menjalankan kaedah latih tubi antaranya ialah murid Tingkatan 3 masih tidak mencapai Gred
               Purata yang ditetapkan.


                                                                               JUMLAH          GRED
                             A       B        C       D        E       F       PELAJAR       PURATA



                TING 3       0       20      47       51      19        2         139           3.54





                      Berdasarkan Rajah 1, masih terdapat 19 orang mendapat gred E dan 2 orang murid
               mendapat gred F dalam PDA 2019 yang menyumbang kepada gred purata yang besar iaitu,
               3.54. Hal ini kerana, berdasarkan pemerhatian, murid kelihatan bersikap acuh tak acuh
               semasa latih tubi dijalankan bersama guru sewaktu PdP, mereka tidak mengambil berat dan
               tidak fokus sewaktu perbincangan latih tubi, kelihatan bosan dan tidak bermotivasi. Situasi
               seperti ini berlaku dan menyebabkan latih tubi yang dijalankan tidak berkesan dan tidak
               mencapai matlamat. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh guru untuk memastikan murid-
               murid fokus semasa membuat latih tubi, namun hampa.


                      Oleh hal yang demikian, kami merasakan satu inovasi dan pembaharuan dalam
               kaedah latih tubi perlu dijalankan dan tindakan segera perlu diambil bagi menyelesaikan
               masalah ini. Setelah meneliti isu dan masalah yang berlaku, fokus utama dalam inovasi kami
               adalah dengan memperkenalkan kaedah latih tubi yang berkesan, sistematik, dan bersasar.
               Kami membincangkan strategi dan membuat perancangan tentang kaedah pelaksaan
               kaedah inovasi kami. Kami mula membina modul dengan mengumpulkan soalan-soalan
               peperiksaan yang lalu dan menyusun soalan tersebut mengikut kemahiran asas sains.

                      Kami memberi fokus kepada  pembelajaran berfikrah yang melibatkan kemahiran
               saintifik dan kemahiran berfikir bagi pemerolehan pengetahuan yang diterapkan melalui
               pendekatan utama dalam pendidikan sains iaitu inkuiri. Kami memperkenalkan SCIENCE
               QUEST dengan menekankan elemen utama iaitu inkuri. Kami mengambil kira Kandungan
               Standard Kurikulum Sains Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5 yang dibangunkan berasaskan
               tiga domain iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai di mana ketiga-tiga domain ini dialami
               oleh murid melalui kaedah inkuiri bagi menghasilkan individu yang fikrah sains. SCIENCE
               QUEST yang kami jalankan memenuhi keperluan melalui pendekatan inkuiri yang
               merangkumi pembelajaran berpusatkan murid, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual,
               pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran masteri serta strategi dan kaedah yang
               berkaitan.






















                                                           140
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145