Page 139 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 139

LATAR BELAKANG INOVASI


                      Pengalaman mengajar subjek Sains di sekolah menengah merupakan pengalaman
               berharga buat kami. Sememangnya satu tanggungjawab dan amanah yang besar yang perlu
               kami pikul selaku guru mata pelajaran Sains dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan
               Sains Kebangsaan dalam memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan
               kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta
               dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.


                      Sejujurnya, kami juga berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usaha menanam
               minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan. Selaras
               dengan matlamat kurikulum Sains, minat dan kreativiti murid ini amat penting dalam
               menguasai pengetahuan, kemahiran sains dan teknologi. Sikap saintifik dan nilai murni juga
               perlu diterapkan dalam diri setiap murid bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah
               dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian.


                      Masa bersilih ganti, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan
               Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksakan secara berperingkat
               bermula 2017 ketika pelajar di Tingkatan Satu, menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah
               Menengah (KBSM). Sistem Pendidikan kini turut berubah demi tuntutan perkembangan
               semasa yang amat mementingkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
               menelusuri zaman Pendidikan Abad ke-21 ini. Kemahiran ini melibatkan empat aras teratas
               dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.



                      Peranan guru-guru sangat signifikan dalam usaha menerapkan kemahiran berfikir
               aras tinggi dalam kalangan murid. Namun, setelah pelbagai usaha dan strategi telah kami
               implimentasikan, murid-murid masih tidak dapat menguasai kemahiran ini dengan baik.
               Rungutan demi rungutan didengari dari rakan-rakan guru dalam  pelaksanaan element KBAT
               yang membawa kepada pencapaian murid yang menurun dalam peperiksaan yang
               dijalankan disekolah seterusnya menjadikan prestasi sekolah merudum menerusi keputusan
               peperiksaan selaras yang dijalankan. Umum telah maklum bahawa PT3 merupakan suatu
               penilaian berdasarkan pentaksiran yang menjadi kayu pengukur terhadap prestasi akademik
               dalam kalangan pelajar menengah rendah. Oleh yang demikian segala usaha perlu di
               lakukan diperingkat sekolah bagi memastikan pencapaian PT3 berada pada standard yang
               telah ditetapkan sebagai persediaan kepada pelajar sebelum menduduki Sijil Pelajaran
               Malaysia di peringkat menengah atas.



                      Sememangnya tidak dapat disangkal lagi, teknik latih tubi dapat memantapkan
               penguasaan kemahiran murid dan berjaya melonjakkan pencapaian murid tidak kira di mana
               kedudukan sekolah mereka. Latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta dan membantu
               murid untuk mengingat seterusnya menjadikan murid lebih biasa dengan jenis dan bentuk
               soalan peperiksaan.






                      Pelaksaan kaedah latih tubi ini juga terikat dengan format kertas soalan Sains PT3.
               Dalam kertas soalan Sains PT3, terdapat satu soalan yang menyumbang kepada 12 markah.
               Rata-rata murid tidak dapat menjawab soalan tersebut kerana melibatkan kemahiran
               eksperimen dan rekacipta. Namun, pelbagai isu dan masalah yang kami hadapi setelah
                                                           139
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144