Page 142 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 142
Komponen Utama SCIENCE QUEST
Komponen utama yang perlu ada dalam SCIENCE QUEST ini ialah modul
soalan. Modul ini terdiri daripada set soalan KBAT yang dipilih adalah daripada soalan
subjektif melibatkan berbentuk rekacipta dan juga eksperimen. Ini kerana dua bentuk soalan
ini menyumbang markah yang besar dalam item PT3 dan sering kali murid tidak dapat
menjawabnya dengan baik.
Set soalan ini dibina berdasarkan format PT3 mengikut JSI yang telah ditetapkan
dengan mengambil kira tahap murid tingkatan 3. Soalan adalah merangkumi kemahiran
aplikasi, analisis dan sintesis. Ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelajar menjawab
soalan Sains melalui bimbingan teknik penyoalan aras sederhana ke kepada aras tinggi.
Imbas Kod QR – Contoh modul
‘Science Quest’
Manakala komponen kedua adalah strategi PdP. Pelaksanaan inovasi ini telah
menggunakan teknik 1 stay 4 stray dimana ianya merupakan kekuatan kepada inovasi ini.
Teknik 1 stay 4 stray adalah contoh amalan terbaik dalam PdP kerana ianya berpusatkan
murid serta pembelajaran koperatif yang menggalakkan murid untuk terlibat secara aktif
dalam proses pembelajaran mereka. Strategi ini adalah sangat sesuai dengan pendekatan
Pembelajaran Abad ke 21 yang menekankan kepada pembinaan konsep 4C dalam PdP
murid, iaitu kemahiran kolaboratif, kreatif, berfikir kritis dan juga berkomunikasi. Seorang
murid akan 'stay' di meja pembentangan sebagai 'guru muda'. Manakala 4 orang murid lagi
yang juga dari kumpulan yang sama akan 'stray' (berkeliaran) ke stesyen lain bagi
mendapatkan ilmu daripada pembentangan kumpulan lain.
142

