Page 141 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 141

PERLAKSANAAN SCIENCE QUEST




                      SCIENCE QUEST merupakan suatu kaedah latih tubi yang digunakan dalam inovasi
               ini. Kaedah ini kami rancang serta dilaksanakan sebaik sahaja analisis Ujian Diagnostik
               Akademik diperolehi sebagai usaha meningkatkan pencapaian subjek Sains dalam
               keputusan PT3 sebenar. Ianya dijalankan semasa slot kelas tambahan, sebagai program
               pengukuhan kepada latih tubi menjelang PT3.



                      Bagi merealisasikan SCIENCE QUEST ini, kami diperingkat guru telah memulakan
               gerak kerja sebulan lebih awal bagi memastikan segala perancangan dapat berjalan dengan
               lancar dan sempurna. Ini termasuklah kami telah mengadakan satu sesi perbincangan
               dengan pihak pentadbir sekolah bermula kertas kerja, kos dan tentatif SCIENCE QUEST
               dijalankan.



                      Kami telah mendapat sokongan dan galakkan sepenuhnya bukan sahaja daripada
               pihak sekolah malahan pibg juga untuk menjalankan SCIENCE QUEST untuk pelajar-pelajar
               Tingkatan 3. Ini dapat dilihat apabila pihak PIBG turut menyumbang untuk menampung kos
               sepanjang SCIENCE QUEST diadakan.
               Sumbangan yang diberikan bukan sahaja dalam bentuk wang ada juga ibubapa yang sudi
               menyumbang dalam bentuk makanan dan minuman untuk keperluan semua pelajar.
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146