Page 144 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 144
Langkah 4 : Perbincangan dan persediaan dalam kumpulan
Ketua kumpulan yang bertindak sebagai ‘guru muda’ akan mengetuai sesi perbincangan
dalam kumpulan bagi soalan yang telah ditetapkan oleh guru untuk kumpulan tersebut.
Setiap ahli dikehendaki mengemukakan idea dalam menyelesaikan soalan yang diberikan.
Selepas itu, sesi persediaan bahan pameran seperti model rekacipta, set eksperimen dan
sebagainya dilakukan.
Langkah 5 : Penetapan soalan bagi setiap ahli kumpulan
Penetapan soalan bagi setiap ahli akan dibuat oleh ‘guru muda’ melalui kaedah undian atau
sebarang kaedah yang dirasakan sesuai. Ini penting agar setiap soalan dapat diselesaikan
disepanjang SCIENCE QUEST dijalankan.
Langkah 6 : 1 STAY 4 STRAY
1 Stay 4 Stray merupakan kaedah yang digunakan dalam proses pencarian maklumat dalam
melengkapkan soalan modul. Seorang sahaja ahli iaitu ‘Guru Muda’ akan berada di dalam
kumpulan untuk memberi penerangan. Manakala ahli-ahli akan bergerak kepada kumpulan
lain bagi sesi pengumpulan maklumat untuk melengkapkan jawapan mengikut soalan yang
telah ditetapkan.
Langkah 7 : Perbincangan kumpulan
Setelah selesai melengkapkan jawapan bagi soalan di dalam modul, semua ahli akan
kembali ke kumpulan asal. Seterusnya ‘Guru Muda’ akan mengetuai perbincangan soalan
modul dengan memastikan setiap ahli mengambil bahagian secara aktif.
144

