Page 149 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 149
Temubual
Kaedah analisis yang kedua kami jalankan dalam kajian kami ini adalah secara temubual.
Kebanyakkan murid menyatakan respon bahawa mereka kurang yakin untuk menjawab
soalan semasa latih tubi dijalankan iaitu melalui kaedah soal jawab yang diadakan oleh guru
didalam kelas.
Namun begitu, semasa Science Quest dijalankan, mereka lebih berkeyakinan semasa
berbincang dan menjawab soalan dalam kalangan rakan-rakan. Selain itu, mereka kurang
menggunakan teknik yang betul semasa menjawab soalan Bahagian B dan Bahagian C.
Hasil pelaksanaan Science Quest, didapati murid dapat menjawab dengan menggunakan
teknik menjawab yang lebih baik kerana murid menumpukan kepada soalan berbentuk
mengaplikasi, menganalisis dan mereka cipta. Pembelajaran dan kaedah latih tubi ini juga
dapat mengubah presepsi murid yang merasakan mata pelajaran Sains ini mata pelajaran
yang sukar. Hasil temubual, respon murid menunjukkan mereka mula meminati dan
mengurangkan anxiety mereka ke atas mata palajaran Sains ini. Bagi menyokong dapatan
kajian ini, kami juga mendapatkan respon murid melalui temu bual secara soal selidik. Soal-
selidik merangkumi minat murid, keyakinan dan motivasi murid semasa pembelajaran Sains
dijalankan.
(a) Minat
Untuk mendapatkan respon murid, beberapa soalan diajukan bagi menilai keberkesanan
kajian kami ini dalam meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sains ini. Antaranya
ialah:
Soalan 1:
Adakah anda minat untuk belajar Sains sebelum menyertai Program Science Quest? Hasil
respon murid menunjukkan bahawa hampir 60% setuju dan sangat setuju bahawa mereka
berminat belajar Sains manakala 40% tidak bersetuju menunjukkan masih terdapat murid
yang kurang meminati mata pelajaran Sains.
Soalan 2:
Science Quest dapat meningkatkan minat saya dalam mata pelajaran Sains. Respon murid
menunjukkan ramai murid memberi respon sangat setuju berbanding setuju menunjukkan
minat murid bertambah selepas diperkenalkan dengan kaedah latih tubi Science Quest.
Soalan 3:
Science Quest menjadikan pembelajaran Sains membosankan.
Respon murid majoriti tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Namun begitu terdapat
kurang daripada 10% bersetuju bahawa Science Quest membosankan.
149

