Page 33 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 33
13.JADUAL WAKTU
13.1. Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang telah ditetapkan .
13.2. Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.
13.3. Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk kegunaan dalam
kelas sendiri. Sebaiknya semua murid mempunyai jadual waktu masing-masing.
13.4. Semua guru dikehendaki mematuhi Jadual Waktu Mengajar dengan sepenuhnya.
13.5. Setiap guru mata pelajaran dikehendaki merekodkan bilangan murid dalam kelasnya
sebelum PdPc dimulakan di dalam buku Kawalam Kelas.
13.6. Guru-guru yang mengajar hendaklah berada di dalam kelas atau di tempat mengajar
mengikut jadual yang ditetapkan. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali
dengan kebenaran Pengetua
14. JADUAL GANTI
14.1. Guru-guru hendaklah mematuhi Jadual Gantian yang ditetapkan.
14.2. Jadual Gantian adalah dianggap sebagai waktu mengajar.
14.3. Guru hendaklah berada di dalam kelas sewaktu kelas gentian
14.4. Tugas guru ganti adalah tugas rasmi. Kegagalan menjalankan tugas ini adalah dianggap
sebagai ingkar perintah.
14.5. Guru-guru digalakkan membuat konsep “JUAL BELI” jadual waktu mengajar jika terlibat
dengan kursus/ mesyuarat / seminar di luar sekolah..
15. GURU BERTUGAS
15.1 Guru-guru hendaklah mematuhi Jadual Guru Bertugas yang ditetapkan oleh ketua
kumpulan masing-masing.
15.2 Bersedia setiap masa bagi mengawasi
15.2.1 Disiplin pelajar di kantin, surau dan perhimpunan
15.2.2 Persekitaran sekolah
15.2.3 Menyelia bilik tertentu seperti tandas, kantin dan lain-lain.
15.3 Laporan bertugas hendaklah ditulis dalam Buku Laporan Bertugas.
15.4 Menyelaras perhimpunan / taklimat pagi dan pengerusi majlis jika diperlukan.
16. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
16.1. Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau
tidak sengaja hendaklah dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan atau Pengetua.
16.2. Ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan-
peraturan mengenai penggunaan alat di bilik-bilik khas seperti makmal, bengkel dan
lain-lain.
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
33

