Page 36 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 36
23. MEMBELI BARANG
23.1 Peruntukan PCG perlu dirancang untuk membeli bahan pembelajaran mengikut
keperluan dan keutamaan.
23.2 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan
Nota Minta yang diperoleh di pejabat.
23.3 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Penitia / Guru Kanan Mata
Pelajaran / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
23.4 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.
23.5 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku
stok dengan kemas serta diserahkan ke pejabat (invois) untuk urusan pembayaran.
23.6 Setiap perbelanjaan mesti mengikut prosedur kewangan terkini.
24. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH (Mingguan Sekolah)
24.1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada hari Ahad pukul
7.20 – 8.10 pagi secara bergiliran dengan perjumpaan mentor.
24.2. Guru-guru dikehendaki datang lebih awal ke dewan sebelum Penolong Kanan mengiringi
Pengetua hadir ke Dewan Besar
24.3. Pengetua akan diiringi oleh Penolong-Penolong Kanan semasa naik pentas, semua guru
diminta berdiri dan Pengawas bertugas akan memulakan perhimpunan.
25. PERHIMPUNAN HARIAN
25.1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-
hari yang ditetapkan.
25.2. Perhimpunan harian diadakan pada hari Isnin dan Rabu pada pukul 7.15 – 7.30 pagi.
25.3. Guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu dan bacaan Al-Quran
25.4. Semua guru tingkatan dikehendaki mengambil kedatangan murid di tapak perhimpunan.
25.5. Guru bertugas minguan perlu memastikan perjalanan perhimpunan berjalan dengan
lancar tanpa gangguan.
25.6. Aturcara Perhimpunan Rasmi Mingguan (Ahad)
25.6.1. Lagu Negaraku
25.6.2. Lagu Selamat Sultan
25.6.3. Lagu Sekolah
25.6.4. Ikral Rukun Negara
25.6.5. Doa
25.6.6. Ketua Guru Bertugas Mingguan menyampaikan Tema Mingguan
25.6.7. Pemberian Hadiah Kemenangan Utama (Jika ada)
25.6.8. Pemberian Hadiah Hari Jadi Guru (Jika ada)
25.6.9. Ucapan Pengetua
25.6.10. Asma Al-Husna
25.7. Aturcara Perhimpunan Tingkatan (Isnin)
25.7.1. Lagu Batch @ Sorak Batch
25.7.2. Ucapan Ketua Batch
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
36

