Page 11 - SK tingkatan 5
P. 11

begitu juga dalam persekitaran pekerjaan dan komunikasi dengan dunia
                  luar yang tanpa sempadan. Kesan inovasi dalam bidang pengkomputeran
                  boleh digambarkan seperti dalam Rajah 1.1.2.





                                                                                      Teknologi rangkaian







                     Jenayah siber             Kesan inovasi dalam
                                                pengkomputeran




                                                                                      Teknologi storan



                                   Menyumbang kepada
                                   kewujudan sistem dalam    Sistem pengoperasian     Tahukah
                                   talian                                                 Anda


                                                                                      Salah satu faktor
                                 Rajah 1.1.2  Kesan inovasi dalam pengkomputeran
                                                                                      yang memerlukan
                                                                                      perubahan bagi
                  Kesan Positif                                                       menyokong
                                                                                      perkembangan IoT
                                                                                      (Internet of Things)
                  Kesan positif hasil daripada inovasi dalam pengkomputeran dihuraikan   ialah perubahan pada
                  seperti yang berikut:                                               pertambahan bilangan
                                                                                      nombor IP bagi peranti
                  Inovasi dalam Teknologi Rangkaian                                   elektronik, iaitu IPV6
                                                                                      menggantikan IPV4.
                  Pada peringkat awal, komputer beroperasi secara sendirian  (stand
                  alone). Perubahan berlaku dengan mewujudkan hubungan antara
                  komputer dengan komputer atau peranti lain. Kemudian, perubahan ini
                  dilanjutkan kepada konsep rangkaian yang bermula dengan rangkaian
                  kawasan tempatan (LAN), rangkaian kawasan luas (WAN) dan seterusnya
                  terciptanya Internet.

                  Inovasi dalam Teknologi Storan

                  IBM memperkenalkan cakera keras (hard disk) yang pertama pada tahun
                  1956 yang berkapasiti 5 MB. Kajian sentiasa dilakukan untuk mencipta
                  jenis dan bentuk storan yang lebih baik bagi memenuhi keperluan
                  penggunaan semasa seperti menambah kapasiti storan, bahan binaan
                  cakera, saiz peranti dan kelajuan yang mempengaruhi inovasi dalam


 PB                                                                             BAB 1  Pengkomputeran  3
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16