Page 12 - SK tingkatan 5
P. 12
teknologi storan. Selain cakera keras, data juga disimpan dalam cakera
liut (floppy disk), cakera optik (optical disk) atau pemacu pena (pendrive).
Seiring dengan perkembangan dalam teknologi Internet, wujudnya
storan awan (cloud storage), yang membolehkan data disimpan di cloud.
Data ini juga boleh dicapai pada bila-bila dan di mana-mana melalui
pelbagai peranti selagi terdapat liputan perkhidmatan Internet.
Inovasi Sistem Pengoperasian
Komputer beroperasi dengan adanya sistem pengoperasian. Sistem
pengoperasian mengawal operasi keseluruhan sistem komputer.
Dengan perkembangan pesat dalam teknologi sistem perisian dan
teknologi rangkaian, maka terciptanya sistem pengoperasian (Operating
system – OS) untuk pelayan (server) komputer bagi mengawal rangkaian.
Selain komputer, OS juga digunakan untuk peranti lain, seperti alatan
mudah alih (mobile devices), contohnya Android, iOS dan BlackBerry.
Telefon yang dahulunya digunakan untuk membuat panggilan dan
menghantar teks sahaja, kini dengan kemajuan teknologi sistem
pengoperasian, telefon pintar mempunyai ciri-ciri komputer dan telefon
biasa. Hasil inovasi dalam ketiga-tiga bidang teknologi yang dibincangkan
telah merangsang perkembangan sistem dalam talian dan jenayah siber.
Aplikasi Perkembangan Sistem dalam Talian
Harian
Kesan inovasi dalam teknologi rangkaian, teknologi storan simpanan
Media sosial dan sistem pengoperasian telah merangsang perkembangan sistem
memudahkan pengguna
berinteraksi dalam dalam talian. Contohnya, mewujudkan sistem e-perbankan, sistem
talian. Contoh media e-dagang, sistem hiburan elektronik, sistem e-pembelajaran, e-kerajaan,
sosial ialah Facebook, perundangan dan jaringan telekomunikasi tanpa batasan.
Twitter, WhatsApp dan
Instagram.
Kesan Negatif
Kesan negatif hasil daripada inovasi dalam pengkomputeran adalah
seperti yang berikut:
Jenayah Siber
Jenayah siber boleh didefinisikan sebagai penyalahgunaan teknologi
pengkomputeran dan Internet bagi melaksanakan aktiviti jenayah, iaitu
merosakkan, mencuri atau mengubah data dalam sistem komputer bagi
tujuan tertentu. Jenayah yang dilakukan akan memberikan kesan negatif
Many Malaysian Firms atau kerugian kepada mangsa. Namun, jenayah siber sukar membuktikan
Unconcerned About siapa yang terlibat, cara, tujuan dan tempat berlakunya jenayah. Hal ini
Cyber Crimes and
Incidents berlaku kerana jenayah siber boleh dilakukan dari jarak yang jauh dengan
goo.gl/Pn4fKa bantuan Internet, tanpa kehadiran secara fizikal penjenayah tersebut.
4 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

